11 Makanan Terbaik Untuk Ibu Menyusu, Barulah Susu Badan Berkualiti

“Banyak sangat pantang lepas bersalin sampai aku tak tahu nak makan apa. Tapi setahu aku, makanan ibu menyusu ni kenalah berkhasiat kan?”

Ketika sedang berpantang, ibu bukan sahaja perlu memberi perhatian penuh pada penjagaan bayi, tetapi kesihatan diri juga perlu dititikberatkan. Pemakanan ibu yang sihat dan seimbang perlu dirancang supaya dapat memulihkan kembali tenaga, mengembalikan rasa segar badan, dan membanyakkan penghasilan susu yang berkualiti untuk bayi.

Seperti yang kita sedia maklum, susu ibu adalah sumber pemakanan utama dan terbaik untuk tumbesaran bayi. Setiap apa yang dimakan oleh ibu, bayi akan mendapat khasiatnya daripada susu badan yang diminum.

Dalam artikel ini, kami di Pantangplus.com akan senaraikan 10 makanan ibu menyusu yang bagus untuk diamalkan walaupun ketika dalam tempoh berpantang.

10 Makanan Ibu Menyusu Yang Terbaik Untuk Diamalkan

1. Bawang Putih

Bawang putih ini amat disarankan bagi pengambilan ibu dalam tempoh berpantang. Ia bukan sahaja berfungsi untuk memulihkan luka dalam dan membuang angin dalam badan, ia juga mempunyai khasiat dalam membanyakkan penghasilan susu badan.

Bawang putih boleh diletakkan dalam makanan, atau disagat dan dicampurkan dengan susu dan sedikit madu atau gula.

2. Ikan Salmon

Ikan salmon amat baik untuk pemakanan ibu berpantang kerana kandungan DHA iaitu lemak semulajadi sihat yang amat tinggi. DHA memberi kesan yang memberangsangkan buat perkembangan saraf bayi. Susu badan juga mempunyai kandungan DHA yang tinggi.

Dengan penambahan pengambilan DHA dalam diet harian, ia dilihat dapat memberi kesan baik buat kesihatan bayi dan anak. DHA dalam salmon juga didapati dapat mengawal emosi ibu berpantang daripada terkena ‘pospartum depression’ atau lebih dikenali sebagai meroyan.

Ikan lain yang berkhasiat tinggi yang boleh diambil oleh ibu berpantang ialah ikan tuna dan tenggiri.

3. Produk Tenusu Sebagai Makanan Ibu Menyusu

Produk tenusu seperti susu, yogurt, dan keju kaya dengan vitamin D  dan kalsium bagi membantu menguatkan tulang yang sedang berkembang dalam badan bayi.

Namun perlu diingat, ada sesetengah bayi yang alah dengan produk tenusu. Oleh itu, cuba ambil dalam kuantiti yang sedikit terlebih dahulu. Jika anda mengesan sebarang ketidakselesaan pada bayi setelah mengambil sebarang produk tenusu, elakkan pengambilannya buat sementara waktu.

4. Sayuran Berdaun Hijau

Sayur berdaun hijau seperti sawi, bayam, dan brokoli kaya dengan vitamin seperti vitamin A, C dan zat besi.

Ia juga membantu ibu untuk mendapatkan semula bentuk badan ideal selepas bersalin kerana kandungan kalorinya yang rendah.

Di samping itu, ia merupakan alternatif baik untuk produk tenusu kerana kandungan kalsiumnya yang tinggi.

5. Sumber Protein Sihat

Ada yang menganggap bahawa makanan seperti ikan dan telur ‘tajam’ atau ‘bisa’ untuk ibu yang masih berpantang. Namun, pengambilan protein adalah antara yang terpenting dalam diet ibu berpantang.

Sumber protein seperti daging, telur. kerang, dan soya mampu membekalkan zat besi mencukupi untuk penghasilan darah bagi mengurangkan risiko kekurangan tenaga dan anemia iaitu kandungan sel darah merah rendah. Protein juga dapat membantu memulihkan luka bersalin dengan membaiki tisu-tisu dalam badan.

6. Bijirin Penuh

Bijirin penuh amat digalakkan untuk diambil bagi ibu berpantang yang sedang menyusu. Dengan mengambilnya pada waktu sarapan, ia mampu membekalkan tenaga secara mencukupi untuk ibu.

Ia juga kaya dengan asid folik yang penting untuk tumbesaran bayi sihat. Bijirin penuh boleh diambil dengan makan beras perang, bijirin sarapan, roti dan pasta.

Selain membekalkan zat besi, serat dan vitamin penting untuk kesihatan ibu dan bayi, kandungan serat juga dapat membuatkan anda terasa kenyang lebih lama sekaligus membantu anda mengurangkan berat badan selepas bersalin.

7. Kekacang Antara Makanan Ibu Menyusu

Ada yang kata, makan kekacang akan membuatkan badan ibu berpantang mudah rasa ‘angin’. Tapi sebenarnya, kekacang seperti badam, gajus dan kacang kuda amat  baik untuk dijadikan snek berkhasiat dalam diet ibu berpantang.

Ini kerana ia dapat membantu dalam membanyakkan penghasilan susu badan dan merupakan sumber protein yang baik dengan kandungan lemak semulajadinya yang baik untuk kesihatan.

8. Buah Oren

Oren dan buah-buahan sitrus lain yang kaya dengan vitamin C adalah makanan penting untuk ibu sedang menyusu. Malahan, ia dapat mengelakkan masalah sembelit yang cukup ‘mengerikan’ dan sentiasa dialami oleh ibu selepas bersalin.

Kalau tak sempat makan buah oren, boleh minum jus oren untuk mendapatkan khasiatnya.

9. Avokado

Sering kali masalah yang sering dihadapi oleh ibu berpantang ialah sering lapar kerana perlu fokus kepada penjagaan anak. Tambahan pula, ibu sering kekurangan masa untuk menyediakan makanan yang seimbang untuk diri sendiri.

Avokado ialah antara makanan terbaik bagi ibu berpantang yang sibuk kerana ia mengandungi 80% lemak berkhasiat yang dapat membuatkan seseorang rasa kenyang pada jangka masa yang lebih lama. Ia juga kaya dengan pelbagai vitamin penting untuk kesihatan seperti vitamin B,C, E dan folat.

10. Sayuran Berwarna Merah & Jingga

Selain sayur-sayuran hijau, sayuran berwarna jingga dan merah seperti lobak merah, ubi bit dan labu juga sangat baik dijadikan makanan ibu menyusu dan berpantang kerana kandungan phytoestrogen yang tinggi. Kandungan phytoestrogen ini dipercayai dapat membantu dalam penghasilan susu.

Sayuran jenis ini sering dijadikan menu hidangan makanan ibu menyusu dan berpantang dalam masyarakat Cina.

11. Kurma Adalah Makanan Ibu Menyusu Terbaik!

Kandungan zat besi dan kalsium yang terdapat dalam kurma menggalakkan penghasilan susu badan yang berkualiti.

Di samping itu, memakan kurma juga membantu ibu menyusu memulihkan tenaga setelah proses bersalin, mengurangi keletihan, serta melancarkan pencernaan.

Makanan Ringkas Tetap Berkhasiat

Dalam merancang diet harian bagi ibu berpantang, adalah penting untuk memastikan sumber makanan penuh khasiat dan mengenyangkan. Jika ibu tidak berkesempatan untuk menyediakan makanan lengkap, makanan ringkas juga sudah memadai seperti sandwich, oatmeal dan sup sayuran. Jangan lupa minum air secukupnya.

Sekiranya bayi mempunyai alergi makanan seperti produk tenusu atau telur, elakkan makanan tersebut dan cari alternatif lain supaya anak masih dapat khasiat daripada pemakanan ibu.

Promosi Hari Malaysia Untuk Pakej Berpantang Anda!
Booking Slot Consultation Kami PERCUMA!
Slot Terhad Untuk 50 Pelanggan & Dapatkan Hadiah Menarik Dari Kami!


3 thoughts on “11 Makanan Terbaik Untuk Ibu Menyusu, Barulah Susu Badan Berkualiti”

Leave a Comment