in

Ketahui 7 Jenis Makanan Yang Boleh Dimakan Atau Tidak Ketika Dalam Pantang

Ibu-Ibu, Ketahui 7 Jenis Makanan Dalam Pantang Yang Boleh Dimakan Dan Dilarang!

“Zaman dah berubah, Mak… Orang muda hari ini tak ikut pantang macam dulu-dulu dah…,” balas Siti apabila dinasihatkan oleh ibunya supaya menjaga pengambilan makanan dalam pantang dengan betul.

 

Persoalannya, benarkah tanggapan Siti itu?

 

Selepas melalui fasa kesakitan ketika proses melahirkan, para ibu seharusnya menikmati tempoh berpantang dengan sebaiknya supaya badan sihat semula secara luaran dan dalaman.

Meskipun peredaran masa berlalu dengan pantas dan tanggapan amalan berpantang di kalangan wanita moden pada hari ini sebagai ketinggalan zaman, namun perlu diketahui pantang larang selepas melahirkan ada manfaatnya. Apatah lagi jika si ibu berpantang dengan mak sendiri atau mak mertua di kampung, confirm banyak senarai yang boleh-dan-tidak boleh!

 

Perlu ingat, berhati-hati dengan pengambilan makanan dalam pantang bukan sahaja baik untuk ibu, malah untuk si bayi, lebih-lebih lagi yang sedang menyusu badan.

 

Jangan buang masa, jom kita lihat senarai makanan dalam pantang yang boleh atau sebaliknya untuk ibu-ibu amalkan sepanjang tempoh berpantang.

 

IKAN 

 Yang boleh

salmon

  • Ikan haruan, selar, merah, salmon, gelama, jenahak, bilis dan senangin.

 

YANG TAK BOLEH

ikan keliketam

  • Ikan keli, bawal hitam, terubuk, kembung, cencaru, sembilang, ikan masin dan ikan keli.

 

Nota tambahan – Makanan laut seperti ketam, sotong, kerang dan udang adalah PALING TAK BOLEH MAKAN!

 

AYAM DAN DAGING

Yang boleh

  • Ayam biasa, ayam kampung, ayam selasih, burung puyuh, merpati, ayam didik.
  • Daging kambing, daging batang pinang dan daging yang kurang bahagian lemak.

 

YANG TAK BOLEH

  • Elakkan mengambil ayam dan daging di bahagian yang mempunyai lemak.

  

AIR

 air suamjus pegagaair kunyit

 Yang boleh

  • Air suam, air halia, air kunyit, air coklat, madu dan jus pegaga.

 

YANG TAK BOLEH

  • Air yang bergas, ais sejuk, kelapa muda, tebu, cincau, jus buahan dan cuka buah.

 

SAYUR-SAYURAN

 

Yang boleh

brocollilobak putih

  • Sawi, lobak putih, lobak merah, brokoli, ubi kentang dan bayam.

 

YANG TAK BOLEH

  • Kubis, kacang panjang, kacang botol, petai, kangkung, terung, pucuk paku, jering, ubi kayu, timun, tomato, labu dan sayur keladi.

 

ULAM-ULAMAN

Boleh dikatakan kesemua jenis ulam tidak ‘berbahaya’ dan boleh dijadikan hidangan makanan dalam pantang seharian. Sama ada dibuat makan atau dijadikan minuman, terserah kepada selera para ibu.

  • Ulam raja, pegaga, bunga kantan, halia muda, kunyit, lengkuas, daun kesum, daun pudina, ubi cekur, jantung pisang, mengkudu dan daun kaduk.

 

BUAH-BUAHAN

Yang boleh

  • Kurma, kismis, longan cina, peach, prune, epal merah, buah anggur, oren dan blueberry.

 

YANG TAK BOLEH

  • Nenas, betik, durian, tembikai, pisang, kuinin, sengkuang, cempedak, nangka, langsat, belimbing, ciku, manggis, jambu dan pear.

 

MAKANAN LAIN

Yang boleh

  • Roti, biskut, oat, nestum dan menu yang dimasak secara bakar, panggang, rebus dan kukus.

 

YANG TAK BOLEH

tempe

  • Laksa, tempe, makanan yang terlalu berminyak dan daging yang diproses.
  • Kekacang – ada bayi yang alah dengan makanan berasaskan kekacang. Pastikan si ibu makan dalam kuantiti yang kecil dahulu dan perhatikan tanda atau gejala seperti bintik merah, ruam atau bengkak.
  • Jamu dan herba – Rata-rata para ibu turut mengambil jamu dan herba selain mengamalkan makanan dalam pantang dengan betul. Adakalanya pengambilan jamu dan herba akan menyebabkan bayi mengalami demam kuning. Jika demikian, hentikan pemakanan dan amalkan pemakaian pilis dan param buat sementara waktu.

 

Apa-apa pun, dalam tempoh berpantang ini amalkan pemakanan yang cukup gizi, seimbang dan sihat. Tiada istilah jemu dengan makanan dalam pantang sekiranya si ibu tahu mempelbagaikan cara hidangan. Semoga perkongsian ini bermanfaat!

 

P.S Anda juga boleh mengetahui perkhidmatan perbidanan profesional yang menyediakan Program Daily Visit untuk ibu bersalin. Servis ini juga membantu menyediakan makanan dalam pantang untuk anda. Hubungi platform perbidanan profesional ini untuk maklumat lanjut.  

Apa yang orang lain cari?:

  • berpantang boleh makan cendawan atau tidak?
  • jenis kura yang boleh dimakan
  • makanan yang boleh semasa pantang
  • pemakanan yang tidak boleh makan masa pregnant sebulan lebih

Written by Syazwani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

20 Koleksi Menu Berpantang 44 Hari Yang Mudah Untuk Rujukan Ibu-Ibu!

Cara mandi nifas

Cara Mandi Nifas dan Mandi Wiladah Yang Betul (Sumber Mufti Wilayah)