Tukang Urut Selepas Bersalin 2020 (Senarai Terkini)

Bukan mudah hendak mencari tukang urut selepas bersalin yang berilmu, berkualiti dan dipercayai. Mereka bukan sahaja masuk ke rumah, tubuh kita juga akan dilihat dan disentuhnya, malahan bukannya sekali, tetapi urut selepas bersalin ini perlu dilakukan dalam beberapa hari.

Jika tersilap pilih, merugikan wang dan matlamat yang diingin dicapai pula akan menjadi bayangan sahaja. Badan pun sakit-sakit.

Lokasi popular berpantang di KL / Selangor

Ramai orang datang ke sini kerana mencari pakej pantang di lokasi masing-masing. Dengan PantangPlus, semuanya sudah tersedia. tak perlu pening kepala mahu Whatsapp sana; Whatsapp sini untuk dapatkan tukang urut.

Antara kawasan yang popular di kawasan KL dan Selangor ialah carian pakej berpantang Shah Alam dan pakej berpantang Bangi.

Kami tak makan sorang. Di sini, kami berkongsi rezeki. Disertakan senarai tukang urut selepas bersalin yang kami kumpulkan dari beberapa laman web yang lain.

Perlu diingat, senarai ini bukan dari kami. PantangPlus hanya menyenaraikan sahaja. Sila berurusan terus dengan mereka. Tapi, kalau mahu gunakan perhidmatan PantangPlus, tekan butang di bawah.

 

Senarai Tukang Urut Selepas Bersalin 2020

#1 Senarai Tukang Urut Dari Media Sosial

Kita patut berterima kasih kepada Wan Syahida yang bersusah-payah kumpulkan maklumat bidan urut dari media sosial. Beliau himpunkan dalam satu.

Tujuan beliau cuam satu. Untuk memudahkan anda yang sedang membaca ini untuk booking dan baut appointment terus dengan tukang urut ini sebelum bersalin.

Cuma beli pesan, hubungi mereka satu persatu. Ini kerana beliau kekurangan masa untuk semak satu persatu.

Klik sini untuk baca senarai penuh.

#2 Senarai Makcik Tukang Urut Selepas Bersalin

SirapLimau adalah satu portal keluarga yang banyak berkongsi info mengenai kekeluargaaan. Tidak terlepas, perkongsian mengenai senarai tukang urut di Malaysia.

Walau bagaimanapun, senarai ini agak lama kerana tarikh akhir dikemaskini ialah pada tahun 2016. Kami sarankan agar anda cuba Whatsapp makcik tukang urut dalam senarai ini satu-satu. Ini adalah untuk memastikan nombor itu masih aktif dan mereka masih lagi menawarkan servis mengurut.

Klik sini untuk baca senarai penuh.

 

#3 Senarai Tukang Urut Untuk Hamil dan Selepas Bersalin

Menurut Mama Lina, senarai ini beliau dapat dan kumpulkan dari Facebook Group serta forum berkaitan ibu mengandung.

Yang menariknya, senarai ini bukan sekadar mempunyai tukang urut after deliver baby, tetapi tukang urut ini juga boleh bantu untuk ikhtiar hamil.

Klik sini untuk baca senarai penuh.

 

#4 Senarai Bidan Urutan dan Rawatan Selepas Bersalin

Senarai dari TiniSpa ini pula terhad kepada kawasan bandar, iaitu di kawasan Lembah Kelang iaitu kawasan Kuala Lupur dan Selangor sahaja.

Bagi mereka yang tinggal di kawasan ini, memang betul-betul susah untuk dapatkan tukang urut. Diharapkan agar senarai di bawah ini dapat membantu.

Klik sini untuk baca senarai penuh.

 

#5 Tukang Urut Untuk Penjagaan Postnatal

Blog Dewi Malaysia pula berkongsi senarai tukang urut untuk penjagaan postnatal. Selepas bertarung nyawa untuk melahir zuriat, adalah amat penting untuk berurut agar ibu lebih segar dan cepat sembuh.

Klik sini untuk baca senarai penuh.

 

Akhir kata

Hati-hati semasa mencari tukang urut selepas bersalin. Ada yang kurang pengalaman, tapi dia kata sudah buat servis banyak kali. Murah atau mahal bukanlah sesuatu yang perlu dibuat perbandingan. Apa guna ambil yang murah tapi badan masih sakit?

Cuba dapatkan saranan kawan-kawan lain yang pernah ambil dengan tukang urut yang mereka selesa. Mahal sikit tidak mengapa, janji puas hati.

Sebagai alternatif, boleh terus hubungi PantangPlus dari Shah Alam, Selangor, yang mempunyai rangkaian tukang urut selepas bersalin di seluruh Malaysia dan luar negara dengan pakej berpantang yang berpatutan. Bukan sekadar selepas bersalin sahaja, yang keguguran juga boleh dapatkan rawatan.

Semoga kita semua sentiasa sihat dan mendapat rahmat dari Allah.