,


7 Tips Cepat Hamil Selepas ‘Period’. Jangan ‘Stress’, Mudah Sahaja!

Sila pastikan anda telah bersedia sebelum merancang untuk hamil. Jangan jadikan perkara kehamilan sebagai sekadar penutup mulut kepada orang yang sering bertanya. Lebih teruk lagi, dijadikan perlumbaan; lagi cepat hamil selepas kahwin lebih bagus.

Sekurang-kurangnya pastikan anda atau suami memiliki jaminan kerjaya dan gaji selain mengambil tahu berapa hari cuti bersalin yang ditawarkan tempat kerja anda. Akhir sekali tetapkan keadaan dan keperluan yang mencukupi untuk bakal cahaya mata anda.

Tips cepat hamil selepas haid

Disini disertakan antara beberapa perkara penting yang perlu anda usahakan demi mendapatkan cahaya mata selepas anda menstruasi atau haid. Ia tidak hanya merangkumi usaha anda, malah melibatkan pasangan anda juga.

  1. Catat Tarikh Menstruasi

Tips cepat hamil selepas period

Perkara yang amat penting yang perlu dilakukan setiap wanita. Saya telah memiliki kesedaran ini dan mencatatkannya di kalendar sejak saya di universiti lagi. Selain memudahkan pengiraan jumlah kitaran hari haid, jangkaan haid seterusnya boleh dianggarkan. Ini agak penting sebelum saya membuat keputusan untuk bercuti atau melakukan ibadah puasa ketika masih bujang lagi. Ketika saya berusia 16 tahun, saya mengalami ketidakseimbangan hormon dan mengalami menstruasi berterusan. Saya belum mula mencatat kitaran secara tetap ketika ini, namun sudah boleh mengagak mengikut kebiasaan kitaran.

Setelah segera mendapatkan rawatan dan menghabiskan semua dos ubat yang dibekalkan dalam tempoh beberapa bulan yang ditetapkan, amatlah bersyukur apabila kitaran saya kembali normal. Apabila telah berkahwin, jumlah kitaran hari haid boleh dijadikan anggaran kepada tarikh subur. Malahan tempoh yang tepat amat membantu untuk mengesan sekiranya terdapat penyakit lain dalam tubuh anda.

Wanita yang memiliki kitaran normal haid sekitar dari 28 hingga 30 hari, memiliki hari kesuburan pada hari ke-11 hingga hari ke -21 yang dikira dari hari pertama setelah ‘period’. Peluang meninggikan kebarangkalian jenis jantina anak juga bergantung rapat dengan kitaran menstruasi anda. Oleh itu, sila mulakan mencatat segera! Terdapat banyak aplikasi telefon pencatat kitaran haid dan penganggar hari subur untuk anda manfaatkan.

 

  1. Makan Pil Asid Folik

Ini antara salah satu tips cepat hamil yang sangat penting. Antara fungsi utama asid folik adalah untuk membantu pembentukan sel darah merah, menggalakkan pertumbuhan segera sel dan untuk pembentukan otak janin. Dos yang ditetapkan untuk diambil sebelum mengandung adalah kira-kira 400mg dan ketika mengandung, ia boleh naik hingga 600 hingga 800mg.

Menyediakan badan dengan asid folik, sebulan sebelum mengandung dikatakan dapat mengurangkan penyakit spina bifida sebanyak 70%. Spina bifida adalah penyakit tulang belakang dan saraf yang boleh mengakibatkan lumpuh bahagian bawah badan dan kadangkala sekurangnya hanya merencatkan proses pembelajaran.

Selain itu, hentikan makanan tidak berkhasiat seperti makanan segera, minuman karbonat, minuman keras dan pengambilan pil perancang kehamilan. Pemakanan kurang sihat ditambah dengan gaya hidup tidak cergas antara punca yang dikatakan mengakibatkan pertumbuhan fibroid (ketumbuhan tidak berbahaya) dalam tubuh wanita, lebih-lebih lagi di dinding uterus.

Walaupun ia tidak sebahaya kanser, namun ia boleh ‘memakan’ nutrisi dan ruang yang sepatutnya diperuntukkan untuk janin. Melalui usaha anda memperbaiki tabiat makan dan gaya hidup, fungsi tubuh anda dapat dipertingkatkan sebaik mungkin sebagai kamar tumbesaran janin kelak.

 

  1. Pelajari Pasangan dan Posisi Selesa

Tips cepat hamil

Fahami kesukaan pasangan masing-masing. Jangan main terjah saja sehingga mengakibatkan kemurungan kepada pasangan. Bergurau senda meningkatkan kepercayaan, cinta dan memperbaiki hubungan diantara pasangan. Pasangan yang baik adalah pasangan yang saling melengkapi, memahami dan membantu satu sama lain. Keselesaan terhadap pasangan memudahkan hubungan badan dan melalui proses penting dalam memiliki anak.

Sahabat saya yang sekian lama tidak memiliki anak dinasihatkan pakar supaya pergi berbulan madu demi mendapatkan masa dan keadaan yang romantik bersama pasangan. Ini adalah langkah awal yang dicadangkan sekiranya kedua-dua pihak didapati tidak mengalami masalah kesuburan.

Tips cepat hamil yang ramai ambil tidak kisah ialah tentang teknik. Teknik dan posisi hubungan mestilah dipelajari dan diterokai oleh kedua-dua pihak, kerana kerjasama itu penting! Jika masih tidak memiliki anak, sekurang-kurangnya anda masih memiliki pasangan yang mencintai anda. Hargai segala nikmat selagi ia masih ada.

 

  1. Peranan Si Kekanda

Cara cepat hamil

Seluar dalam yang terlalu ketat dan suhu yang panas dari suhu badan boleh merenjat penghasilan sperma. Amalan meletakkan laptop di pangkuan juga boleh menyebabkan radiasi haba kepada kulit dan tubuh. Ia dikhuatiri boleh menghalang usaha anda memiliki anak secepat mungkin. Seluar pilihan kekanda haruslah bersifat longgar dan berkain lembut demi keselesaan. Anda boleh menghadiahkan beberapa helai boxeriaitu seluar dalam berbentuk pendek kepada suami.

Namun kini lebih mudah dengan adanya boxer-brief iaitu sejenis seluar gabungan diantara brief yang berbentuk segi tiga dengan boxer yang bentuk seperti seluar pendek biasa yang longgar. Boxer-briefini tidak terlalu longgar dan potongan lebih pendek berbanding boxer, jika dipakai bersama seluar kerja pejabat, juga bersesuaian. Boxer-brief ini boleh dibeli dalam bentuk kotak yang terdiri dari empat helai seluar didalamnya.

Semakin kerap lelaki normal melakukan ejakulasi saban hari, semakin kurang bilangan sperma di dalam air mani mereka. Mereka sebaiknya menunggu sehingga hari subur anda hampir tiba demi menghasilkan air mani dengan kepekatan yang tinggi. Namun jangan risau, kekurangan itu masih tidak signifikan untuk memberi kesan kepada kesuburan seseorang lelaki. Malah, sperma masih boleh hidup kira-kira 2 hingga 5 hari di dalam rahim wanita.

Oleh itu, untuk tips cepat hamil yang seterusnya, harus diketahui bahawan hubungan badan boleh dilakukan sehari dua sebelum tempoh kesuburan wanita. Posisi hubungan badan yang baik juga boleh membantu pergerakan sperma kearah telur wanita. Selain itu,kajian membuktikan bilangan sperma seorang lelaki adalah lebih banyak pada waktu pagi, namun anda masih disarankan untuk mengadakan hubungan badan pada waktu malam supaya anda kekal dalam posisi baring selama yang mungkin.

 

  1. Kaedah Mukus Vagina

Cairan vagina yang keluar perlulah anda kenali jenisnya supaya anda dapat kenali bila telur anda akan diovulasikan. Jenisnya terdiri daripada empat iaitu, yang pertama bersifat kering, kedua, sedikit lembap dan berwarna keruh, diikuti cairan jenis ketiga; pekat dan putih dan terakhir sekali, jernih dan lekit seperti putih telur. Cairan jenis pertama adalah sangat kurang subur dan cairan yang keempat adalah ketika anda sangat subur. Cara mendapatkan cairan mukus adalah dengan menggunakan tisu kering dan merasai kepekatannya menggunakan jari telunjuk dan ibu jari.

Anda boleh mencatatkan jenis mukus dengan nombor ‘1’ hingga ‘4’ di kalendar telefon anda untuk mengenalpasti hari subur. Namun kaedah ini boleh terganggu sekirannya anda sedang menyusu badan, kitaran haid tidak sekata dan jika anda mempunyai jangkitan vagina.

Pastikan anda sentiasa menjaga kebersihan dan kekeringan ‘bawah’ untuk elak jangkitan, jika berwarna kuning hingga kehijauan dan berbau, dapatkan rawatan segera. Semakin dibiarkan, ia akan mengakibatkan kegatalan. Sekirannya anda baru hamil, jangkitan boleh membahayakan nyawa janin sekiranya tidak ditangani.

Cara awal elak dan kurangkan jangkitan adalah dengan banyakkan minum air masak, buang air kecil dan lap dari arah vagina ke belakang hingga kering setelah buang air. Selain itu, anda boleh makan yogurt, mengambil makanan beryis dan sedikit berasid untuk membantu tubuh anda menghasilkan cecair mukus yang baik.

 

  1. Kit Ramalan Ovulasi

Kit ini seakan-akan kit uji air kencing mengandung yang paling ringkas. Ia adalah kertas putih yang sedikit tebal dan mempunyai jalur berwarna. Ovulation Predictor Kit (OPK)ini boleh didapati di farmasi berdekatan dengan setiap satu berharga kurang dari 50 sen dan biasanya dijual dalam satu pek.

Kaedah ini amat bersesuaian sekiranya anda mempunyai kitaran haid tidak sekata setiap kali. Kit ini mengesan peningkatan luteinizing hormone (LH) dalam air kencing anda. Peningkatan ini akan berlaku satu hingga dua hari sebelum telur dibebaskan, iaitu menunjukkan tempoh paling subur anda.

Ibu sahabat saya Sani (bukan nama sebenar) mempunyai kitaran haid yang tidak sekata, paling tinggi adalah tiga kali haid dalam setahun. Bagi mereka yang mempunyai haid tak sekata mungkin bermakna mereka memiliki hari subur lebih pendek berbanding normal. Namun beliau telah dikurniakan lima orang cahaya mata kerana yakin dan rajin berusaha.

 

  1. Nasihat dari Pakar Bertauliah

Tips cepat hamil

Amat penting setelah beberapa kali mencuba secara alami tetapi gagal. Kebiasaannya pakar akan memeriksa latarbelakang dan sejarah keluarga sebelum memberi nasihat dan cara sesuai secara alami ketika bersama pasangan. Jika masih tidak berjaya setelah enam bulan atau lebih, ujian fizikal  terhadap kedua-dua pihak mungkin dilakukan.

Ujian yang dijalankan akan menurut kepada semakin mahal dan semakin invasive ke dalam tubuh. Antara ujian awal dimulakan dengan ujian fizikal. Ujian ini termasuklah pemeriksaan pelvis, ultrasound rahim, pemeriksaan jangkitan, ketumbuhan dan pelbagai lagi. Setelah itu ujian yang bersifat sedikit dalaman adalah ujian mengesan rembesan pelbagai hormon dan kajian terhadap sperma.

Jika anda telitikan, setiap satu langkah di atas boleh dimulakan berbulan lamanya sebelum merancang untuk hamil. Semuanya bergantung kepada kebiasaan yang betul sejak awal, bukanlah sekadar usaha yang dilakukan sehari sejurus setelah anda mengalami ‘period’.

Semua orang ingin mempunyai anak

Tips cepat hamil yang terawal adalah yang paling mudah dimana jika pasangan berkeadaan normal dan diizinkan Tuhan, mereka sudah boleh memiliki rezeki anak. Tips berikutnya boleh dicuba sekiranya masih belum berjaya, sehinggalah seterusnya. Tips terakhir sekali pula adalah langkah penting yang patut diambil setelah semua tips sebelumnya telah dicuba namun masih belum mendatangkan hasil positif.

Akhir kata, saya ucapkan selamat berusaha dan semoga maju jaya diucapkan kepada para bakal ibu dan juga kepada ibu-ibu yang merancang untuk menambah anak lagi. Jika diizinkan mengandung suatu hari nanti, boleh dapatkan pakej pantang selepas bersalin dari PantangPlus, yang lengkap semuanya.

Apa yang orang lain cari?:

  • cara cepat mengandung selepas haid
  • cara cepat hamil selepas haid
  • mengandung selepas haid
  • main selepas haid
  • cara mudah hamil
  • hamil selepas haid
  • hamil selepas habis period
  • cara nak hamil
  • waktu subur selepas period
  • mudah hamil selepas haid
  • menstruasi semasa hari sepatutnya haid
  • hamil selepas period
  • cara2 hamil dengan mudah selepas haid
  • cara pregnant natural selepas period walaupun block tube
  • adakah boleh hamil selepas haid
  • cara mudah hamil selepas period
  • cara hamil cepat
  • cara cepat hamil setelah haid
  • cara cepat hamil lepas period
  • cara cepat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Tips banyakkan susu badan

7 Tips Banyakkan Susu Badan Tanpa Produk ‘Milk Booster’

Berpantang di rumah mertua

5 Tips Berpantang Di Rumah Mak Sendiri, Bukan Berpantang Di Rumah Mertua