Urutan Ini Akan Melegakan Sakit Kepala Tanpa Perlu Makan Panadol

cara hilangkan sakit kepala

“Aduhai, berdenyut-denyut rasa kepala ni. Malasnya nak telan ubat… Apa lagi cara hilangkan sakit kepala yang boleh dibuat ya.”

Tahukah anda, selain memakan ubat penahan sakit, ada cara hilangkan sakit kepala yang boleh dilakukan dengan cepat dan efektif. Teknik yang dimaksudkan adalah sejenis urutan yang dikenali sebagai acupressure.

Menurut sebuah artikel daripada Bright Side, ia adalah salah satu jenis acupunture dan refleksoterapi, namun ia boleh dilakukan oleh sesiapa saja tanpa memerlukan pakar. Teknik urutan ini telah dibuktikan oleh beberapa kajian dan penelitian saintifik.

Urutan Ini Akan Melegakan Sakit Kepala Tanpa Perlu Makan Panadol

Cara hilangkan sakit kepala ini memerlukan anda untuk mengurut pada 6 tempat / titik seperti dalam gambar di bawah.

Mula-mula, duduk dalam posisi yang selesa dan relaks. Urut setiap tempat yang ditunjukkan dengan gerakan membulat atau menekannya dengan agak kuat selama 30 saat hingga 1 minit.

1. Titik Di Antara Kening

Titik yang terletak antara kening ini adalah lokasi di mana batang hidung bertemu dengan dahi.

Mengurut kawasan ini boleh melegakan rasa letih pada mata.

2. Dua Titik Di Hujung Kening

Dua titik pada hujung kening ini dipercayai mampu mengurangkan selsema di samping menajamkan penglihatan.

3. Dua Titik Di Bawah Tulang Pipi

Urutan di kedua-dua titik ini membantu mengatasi masalah sinus, mengurangkan sakit kepala, sakit gigi serta menghilangkan stres.

4. Dua Titik Pada Tengkuk

Urutlah pada kedua-dua titik yang ditunjukkan pada gambar di bawah untuk melegakan hidung tersumbat, sakit mata dan telinga, sakit kepala yang kuat ataupun migrain.

5. Titik Di Atas Telinga

Bahagian atas telinga ini dapat mengurangkan rasa sakit pada bahagian tersebut di samping merawat keletihan mata. Lakukan pada kedua-dua belah kepala.

6. Titik Berdekatan Pangkal Ibu Jari

Tekanan atau urutan membulat pada titik ini mampu mengurangkan rasa sakit belakang, sakit gigi, dan tekanan pada otot leher.

Lakukan urutan yang sama pada kedua-dua belah tangan.

Cara Hilangkan Sakit Kepala Yang Unik Tapi Berkesan

Menurut sumber, rasa sakit kepala yang anda alami akan menghilang sedikit demi sedikit semasa melakukan urutan tersebut ataupun selepas 5-10 minit sesi mengurut selesai.

Mudah saja, bukan? Mudah-mudahan teknik yang dikongsikan ini mampu mengatasi rasa sakit kepala yang anda alami. Tak payahlah susah-susah nak telan ubat lagi.

 

Sumber: Springer, Bright Side

Apa yang orang lain cari?:

  • cara hilangkan sakit kepala
  • cara menghilangkan pening kepala
  • titik acupunture kepala
  • hilangkan sakit kepala
  • petua hilangkan sakit kepala
  • petua hilangkan sakit kepala berdenyut
  • urutan sakit kepala
  • jika pening kepala picit jari mana
  • sakit kepala teruk semasa hamil blog
  • sakit kepala sebab
  • sakit kepala depan
  • rawatan tradisional utk pening
  • pening kepala tak cukup tidur
  • Kepala pening ta
  • cara atasi masalah pening kepala sebab kurang tidur
  • cara urut sakit kepala sebelah kiri
  • cara tidur untuk hilangkan sakit kepala
  • Cara rawat pening kepala
  • cara pantas menghilangkan pening kepala
  • cara hilangkan sakit kepala berdenyut

Cara Memandikan Bayi Baru Lahir, Untuk Ibu Bapa Baru

Tak sabar rasanya menunggu kehadiran cahaya mata dalam keluarga yang baru dibina. Pasti lebih bahagia nanti dengan kehadiran si comel. Pelbagai persiapan sudah dibuat terutamanya dari segi kelengkapan bayi di rumah.

Namun, bagaimana pula persiapan kita untuk menguruskan bayi seperti mengurut serta memandikannya? Ikuti beberapa tips dari PantangPlus.com bagi memudahkan cara memandikan bayi baru lahir.

Cara Memandikan Bayi Baru Lahir, Untuk Ibu Bapa Baru

Berikut adalah cara memandikan bayi baru lahir, langkah demi langkah.

1. Kelengkapan Mandian

Pertama sekali, pastikan kelengkapan mandian bayi disediakan di tempat yang mudah dicapai supaya kita dapat fokus semasa memandikan bayi. Kecuaian boleh berlaku jika kita terpaksa bangun mengambil barang-barang yang terlupa diletakkan di sisi.

Antara kelengkapan yang diperlukan adalah:

  • Bakul barang mandian
  • Sabun mandi
  • Syampu
  • Besen mandi
  • Pengalas besen mandi (jika perlu)
  • Termometer suhu

Hindari tali pusat bayi daripada terkena air ketika mandi. Elakkan merendam bayi terlalu lama jika tali pusat bayi belum mengering. Anda boleh membersihkannya menggunakan kain lembut dan halus untuk mengusap-usap tubuhnya.

cara memandikan bayi baru lahir
Foto Kredit: overstock.com

2. Suhu Air Yang Sesuai

Isikan air di dalam besen dalam kira-kira 3 inci air. Gunakan siku untuk merasa kepanasan air mandian. Jika menggunakan termometer, suhu 37 darjah Celcius adalah paling sesuai untuk menghangatkan badan bayi.

Jangan mandikan bayi dengan pili air yang mengalir. Tindakan ini bahaya kerana dikhuatiri membuatkan bayi terlemas atau tergelincir.

Pada minggu pertama kelahiran bayi, sebenarnya adalah memadai untuk membersihkan bayi dengan hanya mengelap menggunakan tuala bersih yang dibasahkan.

cara memandikan bayi baru lahir
Foto Kredit: babycenter.in

3. Bersihkan Bahagian Sulit

Pastikan bahagian sulit dibersihkan terlebih dahulu sebelum dimandikan dalam besen. Basuh dengan teliti dan bilaskan dengan air bersih.

Jika perlu, gunakan sabun yang sesuai dengan kulit bayi.

Foto Kredit: getsurrey.co.uk

4. Mulakan Dari Atas

Mandikan bayi bermula dari kepala ke bawah, depan dan belakang. Jika bayi nampak kesejukan, balutkan tubuh bayi semasa mencuci rambut.

Boleh gunakan sabun tetapi jangan terlalu kerap kerana kulit bayi yang lembut tidak perlu banyak cucian. Gunakan jari atau kain lembut yang basah untuk bersihkan bahagian muka. Tumpukan pada bahagian mata dan bawah hidung.

Jika kotoran pada hidung dan mata masih keras, lalukan beberapa kali dengan air supaya lebih lembut dan mudah dibersihkan. Jangan lupa untuk bersihkan pada luar telinga dan bahagian belakangnya untuk hilangkan kotoran. Tidak perlu bersihkan dalam telinga kerana takut dapat merosakkan gegendang telinganya.

Foto Kredit: westchesterhealth.com

5. Sokong Tengkuk Bayi Dengan Berhati-hati

Angkat bayi berhati-hati dengan menggunakan sebelah tangan untuk menyokong tengkuk dan sebelah lagi pada pinggulnya. Setelah selesai, balut bayi dengan tuala kering.

Seeloknya, biarkan dahulu barangan mandian tanpa perlu mengemasnya kerana anda perlu memakaikan bayi dengan lampin dan pakaian dengan segera sebelum bayi kesejukan.

Foto Kredit: dezondag.be

6. Kelengkapan Sesudah Mandi

Sediakan pakaian baru dan lampin beserta dengan kelengkapan sesudah mandi.

Boleh juga sediakan bantal atau tikar getah bayi untuk elakkan bayi tergelincir ketika memakaikan baju untuknya.

Foto Kredit: youparenting.com

6. Penjagaan Kulit Bayi

Bayi yang berkulit halus dan sensitif tidak perlu penjagaan rapi. Memadailah dengan keadaan kulit semulajadinya yang bersih dan lembap. Jika bayi baru lahir masih ada lebihan vernix iaitu lapisan putih kesan dari kelahiran masih terlekat di kulit, tidak usah menyental ketika mandi. Lapisan tersebut adalah baik bagi kulitnya dan akan lama-kelamaan hilang.

Sesudah mandi, keringkannya dan jika terdapat beberapa kulit mengelupas sejak lahir, boleh sapukan losyen lembut. Boleh juga dibiarkan begitu kerana kulit mati itu akan hilang sendiri semakin dia membesar.

7. Waktu & Kekerapan Mandi

Bayi yang baru lahir tidak perlu mandi sekerap dewasa. Mandi yang terlalu kerap boleh membuatkan kulitnya kering kerana hilang kelembapan semulajadi. Pakar menyarankan dalam sekurang-kurangnya dua kali seminggu pada awal kelahiran sudah mencukupi. Jangan terlalu lama kerana kesejukan juga dapat membuatkan bayi terkena hypothermia.

Ramai ibu bapa berpengalaman juga selalu memandikan anak pada waktu sesuai iaitu ketika bayi cukup rehat dan dalam keadaan kenyang. Tetapi jangan pula mandikan sejurus selepas minum susu kerana takut bayi termuntah semasa mandi.

Bayi juga dapat tidur dengan lebih nyenyak dengan badan yang selesa. Oleh itu, mandikan bayi sejam sebelum tidur dan lebih kurang sejam selepas menyusu. Badan yang kenyang dan mandian air suam hangat dapat menenangkan bayi dan memudahkan bayi terlena.

Foto Kredit: istockphotos.com

8. Jangan Tinggalkan Bayi Tanpa Pengawasan

Paling penting, jangan sesekali tinggalkan bayi tanpa pengawasan di dalam bilik air. Jika anda terpaksa menjawab panggilan telefon penting atau perlu membuka pintu rumah, angkat bayi dahulu, keringkan dan bawa bayi bersama.

Letak di tempat yang selamat di mana anda betul-betul yakin dan tetap berada dalam lingkungan pandangan anda.

Foto Kredit: shutterstock.com

Memandikan Bayi Mampu Mengeratkan Hubungan

Memandikan anak juga dapat menjadi salah satu medium ‘bonding’ yang baik antara bayi dan ibu bapa. Maka, seeloknya para lelaki atau ayah juga turut mengambil bahagian dalam menguruskan bab mandian bayi.

Awalnya memang kekok, namun anda pasti akan mahir selepas beberapa kali mempraktikkan cara memandikan bayi baru lahir yang dinyatakan ini, ia pasti akan menjadi lebih mudah. Jangan risau ya!

Apa yang orang lain cari?:

  • cara mandikan bayi
  • bila masa sesuai untuk mandikan bayi baru lahir
  • cara mandi baby baru lahir
  • cara memandikan bayi
  • cara memandikan mayat bayi
  • Cara orang lama mandikan bayi
  • masa mandikan baby dlm pantang
  • masa sesuai bayi mandi
  • memandikan bayi
  • tiga cara memandikan bayi mengikut garis panduan