5 Persediaan Naik Kapal Terbang Ketika Mengandung

“Dulu dah tempat tiket flight awal-awal untuk bercuti. Tak tahu pula ada rezeki nak mengandung. Bolehkah naik kapal terbang ketika mengandung ni?”

Menurut pakar, adalah selamat untuk ibu mengandung yang sihat untuk menaiki kapal terbang sehingga minggu kehamilan ke 36 dan minggu ke 32 untuk ibu mengandung bayi kembar.

Terdapat pelbagai faktor yang perlu diambil kira sekiranya ibu mengandung mahu menaiki kapal terbang. Antaranya ialah kemudahan yang ada di destinasi yang dituju, faktor keselamatan, serta usia kehamilan ketika penerbangan.

Waktu Paling Sesuai Naik Kapal Terbang Ketika Mengandung

Waktu paling sesuai untuk ibu mengandung menaiki kapal terbang ialah sewaktu trimester kedua. Ketika ini, badan lebih bertenaga dan kekerapan untuk muntah juga berkurang. Hormon dan emosi yang lebih stabil pada waktu itu juga akan membuatkan badan lebih selesa untuk berjalan jauh.

Ketahui beberapa tips dari Pantangplus.com untuk menaiki kapal terbang semasa mengandung. Mudah-mudahan proses ini akan berjalan dengan lebih lancar.

naik kapal terbang ketika mengandung
Foto Kredit: enfemenino.com

5 Persediaan Naik Kapal Terbang Ketika Mengandung

1. Sediakan Dokumen Penting

Bagi ibu mengandung mencapai 28 minggu, sediakan surat doktor untuk rujukan staf penerbangan. Surat doktor ini dapat mengesahkan tarikh ‘due date’, tahap kesihatan tubuh badan, dan anda tidak berisiko beranak pada waktu terdekat. Jangan lupa untuk baca terma dan syarat yang ditetapkan oleh syarikat penerbangan buat rujukan.

Sesetengah syarikat penerbangan turut menyediakan salinan surat doktor untuk anda dapatkan pengesahan bagi rujukan pihak mereka. Sediakan juga insuran kesihatan dan perjalanan untuk situasi kecemasan.

Foto Kredit: goworldtravel.com

2. Berhati-hati Dengan Kapal Terbang Kecil

Menaiki kapal terbang tidak akan memberi kesan kepada anda dan bayi. Namun begitu, elakkan kapal terbang kecil yang tidak mempunyai tekanan kabin. Ketika di udara, tekanan menjadi semakin tinggi dan oksigen berkurangan.

Hal ini kerana tanpa tekanan kabin, badan perlu bekerja lebih keras daripada biasa untuk membekalkan oksigen untuk anda dan kandungan.

Foto Kredit: zamalek.tv

3. Pilih Tempat Duduk Yang Selesa

Jika perlu, pilihlah tempat duduk ‘business class’ untuk lebih keselesaan ketika dalam perjalanan. Jika tidak, ‘upgrade’ tempat duduk biasa dengan menambah sedikit daripada jumlah tambang untuk mendapatkan tempat duduk yang lebih sesuai.

Seeloknya, pilih tempat duduk pada lorong laluan supaya mudah untuk ke tandas dan berdiri untuk regangan. Lebih bagus jika terus ke tandas sebaik masuk kapal terbang supaya tidak perlu tunggu sesudah selamat berlepas nanti. Ketika di tempat duduk, pastikan tali pinggang keledar berada di bawah perut untuk keselesaan anda. Dapatkan ‘extender’ tali pinggang keledar daripada ahli kabin jika perlu.

Foto Kredit: istockphotos.com

4. Pakaian Yang Sesuai

Gunakan pakaian berlapis paling selesa dan mudah untuk ditanggal jika panas. Pakai juga kasut paling selesa kerana di akan banyak berjalan di lapangan terbang nanti. Anda boleh mendapatkan sarung kaki jenis ‘compressor’ untuk memastikan peredaran darah lancar ketika terbang.

Jika kaki mula menunjukkan tanda-tanda bengkak dan kemerahan terutamanya di bahagian bawah belakang kaki, dapatkan rawatan segera. Perkara ini mungkin disebabkan oleh pembentukan darah beku pada kaki.

Foto Kredit: pregnancy.info

5. Buat Senaman Regangan Dalam Kapal Terbang

Duduk berjam-jam membuatkan kaki mudah bengkak dan kejang. Bangun dan jalan sebentar setiap jam. Lancarkan peredaran darah dengan lakukan regangan ringan.

Dalam keadaan duduk atau berdiri, lakukan regangan dengan mengerakkan jari kaki, regangkan kaki dan betis serta buku lali. Regangkan juga bahagian bahu serta leher.

Foto Kredit: gettyimages.com

Tak Perlu Risau Tentang Radiasi

Semua orang yang menaiki kapal terbang akan terdedah kepada sedikit radiasi di udara. Namun begitu, radiasi ini tidak akan membahayakan anda dan bayi. Begitu juga dengan pengimbas keselamatan di lapangan terbang. Hanya beg dan ‘luggage’ saja yang akan dilalukan dengan pengimbas x-ray. Pengimbas keselamatan untuk badan hanyalah untuk mengesan besi.

Jika kondisi kehamilan tidak mengizinkan anda untuk terbang, jangan bersedih kerana terdapat pelbagai tempat menarik dalam Malaysia untuk menenangkan minda dan meluangkan waktu bersendirian.

Jika kita mengandung anak pertama, inilah kali terakhir untuk kita ‘travel light’  dan menikmati masa bersendirian, berdua atau bersama pasangan!

Hоw Tо Gеt Prеgnаnt Wіth Twіnѕ, Naturally?

Hаvе уоu аlwауѕ desired to gіvе bіrth tо twіnѕ аnd watch thе tiny tоtѕ grow ѕіdе bу side sharing еvеrу jоу of сhіldhооd tоgеthеr? It is nоw роѕѕіblе tо conceive twіnѕ uѕіng vаrіоuѕ fertility drugѕ but thеѕе саn bе dаngеrоuѕ аnd саn cause undesirable side effects.

Thе bеѕt way to have twіnѕ іѕ to gо thе nаturаl way wіthоut tаkіng any рrеѕсrірtіоn drugs. Let me ѕhаrе with уоu 7 tірѕ and pointers оn hоw tо gеt pregnant wіth twіnѕ whісh аrе tіmе tеѕtеd and hаvе bееn іn рrасtісе fоr сеnturіеѕ.

1. Fаmіlу hіѕtоrу

This іѕ a very іmроrtаnt fасtоr whеn іt соmеѕ to gеttіng рrеgnаnt wіth twіnѕ. If уоu have a history оf twіnѕ іn уоur fаmіlу, thеn thе сhаnсеѕ оf уоu tоо соnсеіvіng twins іѕ extremely hіgh. Anоthеr point іѕ thаt іt is generally ѕееn thаt the birth оf twins uѕuаllу comes a gеnеrаtіоn араrt. Sо it іѕ more lіkеlу that you wіll be саrrуіng twins іf уоur grаndраrеntѕ hаd thеm.

2. Fаmіlу hіѕtоrу of уоur sроuѕе

Thіѕ іѕ also еԛuаllу important аѕ уоur оwn family’s gеnе рооl. Getting mаrrіеd to a реrѕоn whо hаѕ a ѕtrоng family history of twіnѕ mаkеѕ іt easier for уоu tо соnсеіvе thе same.

3. Gain a lіttlе wеіght

Seriously? Yes.

It hаѕ bееn nоtеd that women who аrе ѕlіghtlу оn the рlumреr side tеnd to hаvе twіnѕ. So рut оn a lіttlе weight tо іnсrеаѕе уоur сhаnсе оf gеttіng pregnant wіth twins. But mаkе ѕurе thаt уоu do nоt become оbеѕе tо thе point оf being unhealthy. Thіѕ саn оnlу соmрlісаtе thіngѕ furthеr аnd mаkе уоur pregnancy a tough time. Inѕtеаd eat hеаlthу but gain a lіttlе еxtrа weight tо bе able tо саrrу twіn bundles оf jоу.

4. Mаkе сhаngеѕ in уоur dіеt

Inсrеаѕеd соnѕumрtіоn оf dаіrу products lіkе mіlk, buttеr, сhееѕе and уоghurt hаѕ been shown tо іnсrеаѕе the сhаnсеѕ of conceiving twіnѕ. Sо іnсludе more of thеѕе іn уоur dаіlу dіеt to еnѕurе thе аrrіvаl of twins.

5. Inсludе wild уаmѕ in уоur diet

Another tір оn hоw tо gеt рrеgnаnt wіth twіnѕ іѕ tо іnсludе wild уаmѕ in уоur diet. It hаѕ bееn рrоvеn that ѕwееt potato оr yam соntаіnѕ a сhеmісаl which is similar in соmроѕіtіоn to thе fеmаlе sex hоrmоnе, рrоgеѕtеrоnе. Alѕо, thе skin оf wіld уаm can саuѕе hуреr оvulаtіоn whісh wіll make уоur сhаnсеѕ much higher.

6. Thе age effесt

It hаѕ bееn ѕееn thаt wоmеn whо are іn thеіr mіddlе tо late thіrtіеѕ have mоrе of a chance tо gіvе birth tо twins thаn those whо hаvе offspring іn thеіr twеntіеѕ. Sо, іf уоur wіѕh оf hаvіng twіnѕ hаѕ tо bеаr fruіt, then рrоlоng bеіng a mоthеr ѕо thаt whеn уоu bе, уоu hаvе twо little оnеѕ tо love and cherish.

7. Kеер trying

Thіѕ іѕ nо joke; ѕtudіеѕ hаvе proven thаt іf thе more numbеr оf сhіldrеn thаt you hаvе, hіghеr аrе thе сhаnсеѕ of уоu gеttіng рrеgnаnt with twіnѕ. If you can’t make it everyday, what about twice a week?

Still wants it?

So are you ѕtіll іntеrеѕtеd іn conceiving twіnѕ? Aѕіdе frоm gіvіng thеѕе 7 tірѕ a trу, mаkе ѕurе thаt уоu also keep уоurѕеlf hеаlthу еnоugh ѕо that your bоdу wіll hаvе thе ѕtrеngth tо bе able tо саrrу hеаlthу сhіldrеn. If уоu dо nоt tаkе bеttеr саrе оf уоurѕеlf, thе less lіkеlу уоu wіll bе аblе to соnсеіvе twins – or еvеn соnсеіvе аt аll.

Couple уоur regular еxеrсіѕе wіth a hеаlthу dіеt аѕ wеll as a happy dіѕроѕіtіоn bесаuѕе ѕtrеѕѕеd оut couples аrе also finding difficulty іn соnсеіvіng a child as ѕtrеѕѕ саn аffесt so mаnу dіffеrеnt aspects оf the body оf a реrѕоn.

Kerja Kosong Tukang Urut Wanita, Gaji Sehingga RM4,000 Sebulan

Kerja kosong tukang urut wanita

Faedah:

  • Gaji yang lumayan
  • Sehingga mencecah RM4,000 sebulan
  • Waktu kerja yang fleksibel
  • Bukan kerja 9-5 waktu pejabat
  • Berpeluang ke luar negara seperti Australia, United Kingdom dan Singapura

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 012-2020 945

Jangan Meneran Bila Sembelit Ketika Hamil

“Stresnya aku nak ‘membuang’. Air dah cukup minum. Buah pun dah banyak makan. Nak makan ubat dan suplemen sebarangan takut tak sesuai dengan ibu mengandung pula. Aduh…. Tak senang duduk dibuatnya.”

Bila dah masuk bilik air, meneran boleh ambil masa berjam-jam. Nak keluar, belum selesai. Nak duduk lama-lama dalam bilik air, penat. Lagi-lagi kalau tandas cangkung.

Kehamilan adalah waktu yang membahagiakan. Perasaan tentang kewujudan si kecil di dalam perut memang sukar digambarkan sehinggakan kita sanggup mengharungi segala keperitan asalkan anak kita sihat.

Badan kita mula mengalami perubahan seperti mudah kembung dan sembelit. Masalah sembelit adalah biasa dalam kalangan ibu mengandung terutamanya pada awal kehamilan. Dengan cara yang betul, kita dapat membendung masalah sembelit dan badan akan menjadi lebih selesa.

Ikuti 7 tips atasi sembelit yang mudah ini.

Mudah-mudahan dapat mengurangkan rasa tidak selesa itu.

1. Lebihkan Pengambilan Serat

Sembelit ketika kehamilan sebahagiannya disebabkan oleh rembesan hormon yang membuatkan sistem pencernaan lebih relaks. Oleh itu, lebihkan pengambilan serat dan bijirin penuh dalam makanan yang kita ambil. Orang Inggeris kata, ‘fibre’. Cari makanan yang ‘high-fibre’

Selain itu, amalkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam makanan untuk mengurangkan risiko. Makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap. Dengan cara ini, perut akan lebih selesa dan kurang berasa kembung.

 

2. Minum Air Secukupnya

Mengandung atau tidak, pengambilan air yang mencukupi sangat penting untuk badan yang sihat. Bila badan cukup air, sistem pencernaan dapat berfungsi lebih lancar.

Amalkan minum 8 geas air sehari. Bagi yang bermasalah sembelit, boleh cuba minum jus prun atau air dengan perahan lemon. Minuman jus ini dapat membantu melawaskan pembuangan kita.

 

3. Semak Semula Supplemen Kehamilan

Beberapa jenis supplemen kehamilan juga mengandungi bahan yang dapat membuatkan sembelit.  Baca senarai kandungan dalam supplemen yang diberi oleh doktor.

Jika ubat kita mengandungi kandungan zat besi yang tinggi walaupun anda tidak anemik, minta doktor untuk tukar supplemen kepada yang kurang kandungan zat besi.

Pengambilan zat besi menyebabkan sembelit kerana hanya sebahagian sampai ke pembuluh darah, manakala yang lebihnya pergi ke sistem pencernaan kita dan menyebabkan najis menjadi keras. Guna alternatif lain atas saranan doktor seperti supplemen herba yang tidak menyebabkan sembelit.

 

4. Lakukan Senaman Ringan

Mengandung bukanlah alasan untuk kita tidak bersenam. Lakukan senaman ringan seperti yoga atau keluar berjalan di taman rekreasi.bila badan lebih aktif, pergerakan usus untuk menghadam makanan lebih berkesan dan sembelit juga akan berkurang.

 

5. Amalkan Bakteria Baik

Bakteria baik amat berkesan untuk mendapatkan sistem penghadaman yang sihat. Dapatkan khasiat bakteria baik dengan pengambilan yogurt. Bakteria probiotik ini dapat mempercepat penghadaman makanan. Probiotik juga boleh didapati dalam bentuk suppelemen.

 

6. Amalkan Pemakanan Sihat

Apa yang kita makan semasa hamil sangat penting untuk kesihatan kita dan bayi. Amalkan diet yang seimbang dan sihat. Pemakanan sihat mampu membekalkan khasiat disamping mengubati sembelit.

Elakkan karbohidrat yang diproses seperti nasi putih dan pasta dan gantikannya dengan bijirin penuh seperti beras perang dan oat. Tambahkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran segar yang kaya dengan serat bagi sistem penghadaman yang efisien.

Kurangkan pengambilan minyak sayuran seperti minyak kelapa sawit dan marjerin. Gantikannya dengan minyak semulajadi dari avokado, dan mentega kacang.

 

“We are what we eat” adalah pepatah sesuai untuk menangani segala ketidakselesaan pada badan. Gaya hidup yang sihat amat penting untuk kesihatan tubuh badan.

Hal ini perlu dititikberatkan semasa hamil kerana kita adalah pembekal nutrien pada bayi. Amalkan diet yang sihat dan aktifkan diri dengan senaman ringan.

Minum air secukupnya dan lebihkan makanan yang kaya dengan serat untuk mengelakkan sembelit.

 

Rujukan:

  1. https://www.bellybelly.com.au/pregnancy/constipation-during-pregnancy/
  2. http://americanpregnancy.org/pregnancy-health/constipation-during-pregnancy/
  3. http://www.babycentre.co.uk/a549293/constipation-natural-remedies
  4. http://www.whattoexpect.com/pregnancy/symptoms-and-solutions/constipation.aspx
  5. http://www.babycenter.com/0_constipation-during-pregnancy_836.bc