Bengkung Bersalin Dan 5 Cara Memilih Bengkung Yang Sesuai

Ini adalah perkongsian mengenai cara memilih bengkung bersalin yang sesuai. Namun, jika anda ambil pakej berpantang dengan PantangPlus, bengkung adalah percuma! Ini kerana bengkung sudah ada sekali dalam set bersalin Tanamera.

Ramai yang dalam dilema

“Macam-macam jenis bengkung bersalin yang dijual sekarang. Ada jenis moden, berzip, velcro, bertali. Agaknya yang mana paling sesuai untuk aku ya?”

Sebagai persiapan menyambut kelahiran cahaya mata, banyak persiapan perlu dilakukan bagi memastikan fasa berpantang berjalan dengan lancar. Selain set bersalin, pemakaian bengkung juga adalah antara keperluan bagi ibu baru bersalin.

Dalam memilih bengkung, terdapat beberapa aspek yang perlu dititik beratkan bagi memilih bengkung bersalin yang paling sesuai bagi setiap wanita.

Ciri-ciri bengkung bersalin yang best dan terbaik

1. Praktikal, mudah dipakai

Amat penting untuk memilih bengkung yang memudahkan pergerakan bagi menjalani rutin menjaga si kecil saban hari. Pastikan memilih bengkung yang mempunyai cara pemakaian yang praktikal. Selalunya bengkung jenis ikat akan memerlukan seorang pembantu untuk membolehkan kita memakainya.

Bengkung moden pula biasanya pantas disarung dan lebih mudah dipakai. tetapi, jangan pula terpilih bengkung yang mudah melurut atau ternaik ke atas apabila bergerak.

2. Material yang selesa dengan kita

Memandangkan bengkung perlu dipakai sepanjang siang hari, pastikan bengkung yang dipilih diperbuat daripada material yang selesa dan menyerap peluh. Adalah penting juga untuk memilih bengkung yang tidak menyebabkan melecet dan kegatalan pada kulit.

Jangan pula pakai bengkung 24 jam. Berikan rehat pada bahagian perut. Jangan pakai pada waktu malam. Untuk mendapatkan rehat yang cukup, badan perlu berada dalam keadaan yang selesa.

3. Pastikan saiz bengkung yang betul

Semua wanita dikurniakan dengan bentuk badan yang berbeza. Oleh itu, memilih bengkung yang selesa dan sesuai bukan perkara yang mudah. Jika terlalu ketat, tidak selesa dan sukar untuk bernafas pula. Jika terlalu longgar, tiada guna memakai kerana tidak berkesan dan terlalu nampak di bawah pakaian.

Harus diingat ketika memilih saiz bengkung, jangan beli mengikut saiz seluar, tetapi ukur lilit perut bagi pemakaian yang berkesan.  Anda juga digalakkan untuk membeli bengkung yang sedikit kecil jika saiz badan sudah berkurangan. Untuk memastikan bengkung tahan lama, pastikan basuh menggunakan tangan.

4. Beli jenama bengkung yang diyakini dan berkualiti

Aspek kualiti dan keberkesanan bengkung adalah yang paling penting supaya kesan dapat dirasai oleh si pemakai. Biasanya, ada yang didatangkan bersama set bersalin dan ada juga yang dijual berasingan.

Boleh lakukan sedikit carian di internet untuk mendapat cadangan jenama yang mempunyai testimoni yang baik atau saranan daripada kawan-kawan bagi mendapatkan bengkung terbaik.

5. Bengkung untuk bersalin Caesar, tak sama

Bagi ibu yang bersalin secara pembedahan Caesar, pastikan anda meluangkan lebih masa untuk memilih bengkung yang sesuai dengan keadaan anda. Sekurang-kurangnya tunggu 2 minggu, iaitu apabila luka jahitan sudah mengering. Sebaiknya, dapatkan nasihat daripada panel perubatan atau jururawat sebelum anda mengenakan bengkung.

Bengkung yang disarankan adalah jenis lembut dan mudah untuk dilaraskan saiznya. Pastikan ia tidak dipakai terlampau ketat, cukup sekadar memakainya dengan biasa-biasa sahaja. Hal ini kerana untuk mengelakkan daripada jahitan anda terbuka.

Pemilihan bengkung bersalin yang terbaik, akan memberikan kesan

Pemakaian bengkung bersalin amat digalakkan bagi mendapatkan kembali bentuk badan asal. Tekanan yang diberikan pada bahagian perut, pinggul dan paha dapat membantu menguatkan rahim, otot serta mengurangkan ruang mengumpul lemak. Selain itu, penggunaan bengkung juga dapat membantu mempercepat proses pemulihan sama ada bersalin secara normal atau pembedahan.

Rutin memakai bengkung semasa berpantang juga dapat memberi kesan baik lain pada kesihatan seperti memberi sokongan kepada tulang belakang yang mengalami tekanan semasa mengandung.

Semoga tips daripada Pantangplus ini mampu membantu anda membuat pilihan yang terbaik!

Leave a Comment