7 Sebab Wanita Mesti Berurut Selepas Bersalin. Banyak Kebaikannya!

urut bersalin

“Susahnya nak cari tukang urut bersalin dekat area ni. Tapi nanti kalau tak cari cepat, takut Mak marah pulak. Pentingkah sangat ke urut bersalin ni?”

Bagi wanita yang pertama kali melahirkan, mungkin belum biasa dengan rutin pemulihan tradisional yang antaranya melibatkan urut bersalin. Sehingga kini, urut bersalin masih diamalkan kerana manfaatnya yang begitu banyak.

Sungguhpun kajian secara saintifik tidak banyak yang dijalankan secara mendalam tentang urut bersalin, namun kebanyakannya menunjukkan hasil positif dan selamat.

7 Sebab Wanita Mesti Berurut Lepas Bersalin

PantangPlus.com ingin berkongsikan antara kebaikan dan kepentingan urut bersalin yang patut ibu-ibu tahu.

1. Melegakan Rasa Sakit Badan

Proses mengandung dan bersalin adalah proses yang amat memenatkan, Ia banyak memberi tekanan pada bahagian tubuh terutamanya bahagian bawah abdomen, belakang, dan pinggang.

Sejurus selepas bersalin, anda masih terus mengerahkan tenaga untuk menjaga serta menyusukan bayi. Sesetengah posisi menyusu badan boleh menjadikan tubuh anda sakit dan tidak selesa pada awalnya.

Urut bersalin dapat membantu anda untuk relaks dan melegakan rasa sakit yang dialami seperti lenguh, pening, sakit otot, sengal urat, dan lesu.

urut bersalin
Foto Kredit: baby-pedia.com

2. Melancarkan Perjalanan Darah

Urutan lembut seluruh badan juga mampu melancarkan lagi perjalanan darah di samping membantu membuang toksin dalam badan.

Dengan teknik yang betul, ia juga dapat mengeluarkan darah beku yang terperangkap di dalam rahim dengan berkesan.

3. Menggalakkan Pengeluaran Susu Ibu

Banyak petua orang dulu-dulu mempercayai bahawa urut bersalin amat berkesan untuk mengatasi masalah kurang susu badan atau puting tersumbat.

Dari satu sudut, ia dilihat ada benarnya kerana pengeluaran susu ibu boleh terjejas akibat stres. Apabila berurut, tubuh akan menjadi kurang stres dan secara tidak langsung ia membantu proses penghasilan susu ibu dengan lebih efektif.

Selain itu, sentuhan juga membantu rembesan hormon oksitoksin yang mencetuskan let down reflex, lalu menggalakkan produksi susu ibu daripada puting payudara.

Foto Kredit: rifara.com

4. Mencegah Tekanan Selepas Bersalin (Postnatal Depression)

Seperti yang disebutkan di atas, urutan dapat membantu anda relaks. Selain disebabkan sentuhan, aroma daripada minyak herba juga membantu deria anda untuk berasa lebih tenang dan segar.

Apabila kurang stres, anda akan lebih yakin mengurus bayi dan mampu menjaga kesihatan diri dengan baik. Dengan ini, risiko meroyan atau postnatal depression dapat dikurangkan.

Foto Kredit: netmums.com

5. Mengembalikan Bentuk Tubuh

Seperti yang kita sedia maklum, urutan dapat membantu memecahkan lemak yang terkumpul bagi membantu proses kehamilan.

Selalunya, urut bersalin akan disertai dengan pemakaian bengkung yang akan membantu mempercepatkan lagi pemulihan serta mengembalikan bentuk tubuh yang asal.

Foto Kredit: tanamera.com.my

6. Memberi Peluang Ibu Dimanja

Setelah seharian mengurus dan menyusukan bayi dalam tempoh berpantang, tentu ibu akan berasa lega apabila diberi sedikit masa untuk berehat.

Ketika inilah ibu dapat mengadukan sebarang kesakitan, meminta nasihat, berbual-bual, atau menenangkan fikiran tanpa perlu memikirkan bayi yang menangis.

Foto Kredit: trustressmanagement.com

7. Mempercepatkan Proses Pemulihan Selepas Bersalin

Selain begitu banyak manfaat yang diperolehi sama ada secara fizikal mahupun mental, urut bersalin mampu mempercepatkan proses pemulihan selepas bersalin.

Dapatkan Nasihat Doktor Jika Ragu-ragu Terhadap Urutan Bersalin

Umumnya, urutan selepas bersalin adalah selamat untuk semua wanita. Namun, seeloknya wanita yang bersalin secara pembedahan menunggu sehingga 12-14 minggu sebelum memulakan sebarang rutin urutan. Pastikan luka anda telah sembuh dan anda boleh berbaring dengan selesa semasa urutan bersalin dijalankan.

Dapatkan tukang urut yang bertauliah dan berpengalaman untuk mengelakkan sebarang risiko. Jika ragu-ragu tanyakan pendapat doktor atau jururawat sebelum berurut.

Apa yang orang lain cari?:

  • kelebihan urutan selepas bersalin
  • berapa lama urut badan selepas bersalin
  • Boleh ke tak berurut selepas bersalin
  • cars mengurut badan ibu lepas bersalin
  • dikocok ibu tukang urut
  • mengurut masa pantang
  • tidak mengurut selepas bersalin
  • urut kaki dalam berpantang
  • urutan selepasa berslain

Announcing Your Pregnancy

When a woman finds out that she is pregnant it becomes difficult to think of something else. This results in the woman being anxious to announce the exciting news with other people specially the partner. There has been a lot of controversy on the best time to make an announcement about pregnancy. While choosing how and when to make an announcement of pregnancy it is necessary to know the advantages and disadvantages of proper timing. Moreover one can choose creative ways to reveal the secret.

1) Sharing news early

If one shares the news early the main advantage is that there is a lot of support from near and dear ones. One can share ones joy with others. While making decisions a lot of people comes foreword to help the pregnant mother. A lot of time is available for advice and choose the best medical professional. There is overwhelming support in case of miscarriage.
The main disadvantage of breaking the news early is that there may be overwhelming advice. A lot of explanation needs to be done in case of miscarriage. The news of miscarriage may reach friends and other family members before even reaching the mother.

2) Announcement decisions

It is the decision of the mother to whom else to announce the big news apart from spouse, parents and siblings. One should be careful of whom one tells. Telling ones partner is the first brings a sense of belonging and a bond with the child. After the spouse the other people who should know are the parents. They can help in future planning, offer advice and rejoice like no other person.

Choosing the way one shares the news matters a lot. It is fun to share the good news in a more creative and memorable way. Arranging for a romantic dinner is the best way to surprise and make the news memorable. Even in case of the delicacies baby food can be served. Another way is to go out for a movie and watch a baby movie like Nine month and Junior. The good news can be written in a piece of paper and inserted in the DVD. A t-shirt with Daddy written can be provided apart from a baby keychain, baby book and other baby items.

3) Telling family and friends

The good news can be sent in a card with a name chosen and a sonogram. This depends on how close the friends are. Another way of showing is a photograph of the woman and the husband without showing the belly.

Cara Buat Tuam Bayi Yang Selamat & Mudah. DIY Saja!

tuam bayi

“Mak cakap ‘baby boy’ kena tuam, takut kena angin pasang. Tapi, mana pula aku nak cari tuam bayi ni. Kalau buat sendiri boleh tak?”

Dari segi kesihatan, tuaman mempunyai manfaat tertentu dalam membantu melegakan rasa tidak selesa, kesakitan mahupun kecederaaan. Oleh sebab itulah tuam bayi baru lahir sering menjadi amalan turun-temurun hingga ke hari ini. Dalam kepercayaan Melayu juga, bayi lelaki disarankan agar dituam di bahagian sekeliling alat sulitnya mengelakkan ‘angin pasang’.

Pada asasnya, tuam atau tungku bayi boleh mengunakan apa saja yang bersuhu suam. Ada yang menggunakan daun yang dilayur atas api, paket beras yang dipanaskan, atau campuran herba-herba kering seperti lada hitam, habbatussauda, dan sebagainya.

PantangPlus.com akan menunjukkan cara buat tuam bayi yang paling mudah, selamat, dan baik untuk bayi.

Cara Buat Tuam Bayi Yang Selamat & Mudah. DIY Saja!

Mari kita lihat bahan-bahan yang diperlukan serta langkah membuat tuam bayi secara terperinci.

Bahan-bahan

  • Kapas / perca kecil sebagai alas
  • Kain perca / stokin bayi terpakai untuk membuat bunjut
  • Campuran herba seperti lada hitam, habbatussauda, halba, biji sawi. (kalau tak dapat semua, cukup dengan menggunakan lada hitam)
  • Getah / tali untuk mengikat
tuam bayi
Foto Kredit: amazon.com

Langkah-langkah

1. Sangaikan (goreng tanpa minyak) campuran herba sehingga berbau.

2. Gunakan kapas di atas kain perca sebagai alas di atas kain perca yang digunakan. Letakkan bahan yang disangai di atas kain perca yang dialas dengan kapas.

2. Kemudian, ikat campuran herba dan alasnya yang diletak atas kain perca menggunakan getah menjadi bunjut atau tungku. Kemaskan lebihan kain dan ikat sekali lagi menggunakan tali supaya ikatan lebih kuat.

4. Ketika mahu digunakan, panaskan bunjut di atas seterika hingga suam-suam. Periksa kepanasannya dengan meletaknya di atas lengan kita terlebih dahulu.

5. Boleh juga digunakan bersama daun sirih. Letak daun sirih di hujung bunjut dan tuamkan di bahagian perut, ari-ari, punggung, dada, belakang bayi anda.

tuam bayi
Foto Kredit: toaspa.com

Mudah Saja, Cubalah!

Amalan tungku atau tuam bayi boleh membantu membuang angin, mengelakkan kembung serta memberi khasiat herba kepada tubuh bayi.

Seeloknya, tuam bayi selepas mandi. Mudah-mudahan bayi akan berasa lebih selesa dan segar sentiasa.

Apa yang orang lain cari?:

  • tuam baby
  • Bahan bahan tuam
  • cara buat tungku baby
  • bahan untuk tuam bayi
  • cara buat tunku bayi
  • cara ikat tungku bayi
  • tuam lada hitam

Perlukah Bersengkak? Ini 5 Perkara Wanita Mesti Tahu

“Rasa tak sedap badan je sejak lepas bersalin ni. Ingat nak pergi berurut. Mak pesan nanti bersengkak sekali. Tapi, urut sengkak tu perlu ke? Macam ‘seram’ pula nak buat.”

Lazimnya kita mendengar bahawa urutan sengkak dikaitkan dengan perbuatan ‘menaikkan’ rahim yang jatuh atau rendah. Di zaman moden ini, ada yang melihat amalan bersengkak sebagai tidak relevan lagi, bahkan merbahaya.

Kami di PantangPlus cuba mengupas isu ini secara lebih terperinci buat rujukan ibu-ibu yang baru lepas bersalin.

5 Perkara Wanita Mesti Tahu Tentang Amalan Sengkak

1. Apakah Urut Sengkak?

Dalam perbidanan Melayu, urutan sengkak adalah sejenis urutan dalaman atau womb uplift massage yang dilakukan untuk mengemaskan tubuh badan, khususnya posisi rahim.

Urut sengkak ini dilakukan selama 3 hari selepas hari ke-44 berpantang, sebagai rawatan penutup bagi wanita yang bersalin normal. Sengkak pada awal minggu adalah tidak digalakkan kerana dikhuatiri boleh menyebabkan kecederaan kepada rahim yang masih bengkak.

2. Bagaimana Peranakan Boleh ‘Jatuh’?

Wanita yang baru lepas bersalin cenderung mengalami masalah peranakan ‘jatuh’ atas beberapa sebab seperti meneran semasa bersalin, sembelit, bengkung yang ketat, batuk berpanjangan, atau melakukan kerja berat.

Semua aktiviti ini menyebabkan tekanan yang tinggi pada abdomen lalu memaksa otot-otot bekerja kuat untuk menampung rahim, lalu menjadi longgar. Semasa mengandung juga, ibu telah menanggung beban kandungan yang berat selama 40 minggu.

Foto Kredit: emedicine.medscape.com

3. Bolehkah Melakukan Urut Sengkak Jika Bersalin Secara Pembedahan?

Wanita yang bersalin secara pembedahan Caesarean tidak perlu melakukan urut sengkak.

Berbeza dengan wanita yang bersalin normal, bersalin secara Caesar tidak melalui proses meneran dan rahim tidak bertukar posisi asal. Namun, jika mereka mengalami gejala ‘peranakan turun’ atau prolapse of uterus seeloknya rujuklah kepada doktor untuk rawatan yang lebih spesifik.

Foto Kredit: vicare.vn

4. Selain Ibu Bersalin, Siapa Lagi Disarankan Untuk Bersengkak?

Urut sengkak sebenarnya merupakan rawatan alternatif yang boleh dilakukan oleh wanita yang mengalami masalah lemah otot-otot rahim, mudah keguguran, senggugut, pernah kemalangan, dan sebagainya. 

Antara gejala ‘peranakan / rahim jatuh’ adalah rasa tidak selesa, sakit, ngilu atau sengal di bahagian peranakan serta tidak lawas kencing. Dalam kes yang kritikal,ia mungkin boleh menyebabkan seseorang itu berasa terlalu sakit di bahagian perut sehingga tidak boleh berjalan.

Foto Kredit: istockphoto.com

5. Bagaimana Mencegah Masalah Rahim Jatuh?

Urut sengkak hanyalah satu rawatan alternatif yang dapat membantu menangani masalah rahim jatuh. Namun, dah tentulah ada cara lain yang boleh dilakukan untuk menjaga kesihatan rahim secara umum.

Antaranya:

  • Kurangkan tekanan pada abdomen. Elakkan meneran semasa buang air, mengangkat benda berat, berdiri terlalu lama, dan jangan berbengkung terlalu ketat.
  • Buat senaman Kegel
  • Memakai gelung penahan (maternity belt) untuk menyokong rahim / perut semasa mengandung
  • Pengambilan jamu atau suplemen (yang berdaftar dan diyakini selamat) untuk membantu menguatkan otot.
urut sengkak
Foto Kredit: yogapedia.com

Dapatkan Khidmat Tukang Urut Yang Diyakini

Pastikan anda mendapatkan khidmat tukung urut yang bertauliah untuk menjalani urut sengkak dengan selamat. Dengan teknik yang betul, wanita dapat berasa lebih sihat, segar, dan lebih selesa untuk melakukan kerja-kerja harian.

Jika anda mengalami masalah kesihatan yang serius, sila cepat berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan terlebih dahulu.

Apa yang orang lain cari?:

  • sengkak
  • urutan sengkak rahim
  • berurut sengkak
  • Cara cara berurut
  • cara urutan peranakan jatuh
  • doa untuk menaikkan peranakan
  • kebaikan urutan sengkak rahim
  • pantang selepas urut peranakan
  • posisi urut peranakan
  • sengkak lepas bersalin
  • sengkak maksud
  • sengkak rahim
  • tukang urut sengkak
  • urut peranakan
  • urutan menaikkan peranakan
  • WWW INTAGRAM URUT PERUT WANITA com

A Primer on Bradley vs. Lamaze Childbirth Method

The Bradley method of childbirth was developed in the 1940’s by Dr. Robert A. Bradley, an American Obstetrician. It is based on the philosophy of ‘natural childbirth’ (drug free) and was pioneering in the involvement of fathers during the birthing process.

The Lamaze technique was also established in the 1940’s by Dr. Fernand Lamaze, a French Obstetrician. Lamaze was influenced by Soviet childbirth practices and he particularly endorsed the role of Midwives during labor. His method began to gain popularity in the USA in the late 1950’s and is now the most commonly used childbirth technique.

While both the Lamaze and Bradley techniques lead to the same outcome, they differ in a variety of ways. The most significant contrast between these birthing methods is the issue of pain management and how parents confront this challenge. But what do these two methods reveal and how do they differ?

1)The Bradley Technique

The Bradley Method is a twelve week course that teaches parents how to control the pain of childbirth. It advocates natural childbirth philosophies and is also called ‘the husband coached’ birthing technique. It encourages parents to use deep breathing and relaxation exercises as a means of coping with labor.

The Bradley approach rejects the idea of ‘distraction’ as a way of dealing with childbirth and disputes the use of painkillers and cesarean sections unless absolutely necessary.

However, classes that focus on the Bradley technique do prepare parents for unexpected complications which may result in a cesarean section or other forms of intervention. His methods also include advice on nutrition and diet for the Mother during her pregnancy, which inevitably has a positive effect on the growth and wellbeing of the fetus. The expectant Mother is always encouraged to take reasonable and regular exercise, so that she is properly conditioned to give birth.

The Bradley Technique also educates parents about the different stages of labor and teaches them how to react to the Mother’s changing body. The Father is assigned the role of ‘Coach’ during the birthing process, keeping the Mother focused on the task at hand, helping with breathing exercises and giving plenty of reassurance. Different forms of massage can also be used.

2)The Lamaze Technique

The Lamaze Technique uses a Pavlovian response to the pain of childbirth. Lamaze believed that giving birth was a physical exercise that requires both energy and concentration. His method focuses on arming the expectant couple with various tools to ease discomfort and conserve energy in order to control pain as it occurs.

The Lamaze Technique encourages the couple to use deep breathing exercises and various ‘distraction’ techniques, which can include concentrating on pleasant memories, as a way of distracting the woman from the pain of labor.

Lamaze childbirth classes often recommend the benefits associated with changing positions during the birth, as well as the use of hot and cold packs and ‘birthing balls’ to ease contractions.

The Lamaze Philosophy is not as regimented as the Bradley Method. It gives parents all the facts, yet allows the couple leverage to use the information in ways that work for them. It’s more liberal approach offers a neutral position with regards to pain medication along with other medical and surgical options. This is left for the couple to decide.

Conclusion

There are many subtle differences and similarities between the Bradley and Lamaze birthing techniques. The primary difference is that the Bradley method instructs women to focus on controlling their pain. While according to the Lamaze technique, they are taught to distract from it. Similarities include the use of deep breathing techniques, the encouragement of appropriate exercise for the Mother during her pregnancy, and the involvement of both parents in the birthing process.

For expectant families the best option is to gather as much information as possible from either their Obstetrician or Midwife, before making a firm decision on which childbirth class to attend. It is always preferable to choose the birthing method that most appeals to each, individual couple, as it will allow them to feel in control and therefore experience the form of childbirth which best suits their needs.

Apa yang orang lain cari?:

  • bradley method vs lamaze
  • lamaze vs bradley method