5 Cara Memilih Bengkung Bersalin Yang Paling Sesuai

param dan pilis

“Macam-macam jenis bengkung bersalin yang dijual sekarang. Ada jenis moden, berzip, velcro, bertali. Agaknya yang mana paling sesuai untuk aku ya?”

Sebagai persiapan menyambut kelahiran cahaya mata, banyak persiapan perlu dilakukan bagi memastikan fasa berpantang berjalan dengan lancar. Selain set bersalin, pemakaian bengkung juga adalah antara keperluan bagi ibu baru bersalin.

Dalam memilih bengkung, terdapat beberapa aspek yang perlu dititik beratkan bagi memilih bengkung bersalin yang paling sesuai bagi setiap wanita.

5 Cara Memilih Bengkung Bersalin Yang Paling Sesuai

1. Praktikal, Mudah Dipakai

Amat penting untuk memilih bengkung yang memudahkan pergerakan bagi menjalani rutin menjaga si kecil saban hari. Pastikan memilih bengkung yang mempunyai cara pemakaian yang praktikal. Selalunya bengkung jenis ikat akan memerlukan seorang pembantu untuk membolehkan kita memakainya.

Bengkung moden pula biasanya pantas disarung dan lebih mudah dipakai. tetapi, jangan pula terpilih bengkung yang mudah melurut atau ternaik ke atas apabila bergerak.

bengkung bersalin
Foto Kredit: bengkungmoden.com

2. Material Yang Selesa

Memandangkan bengkung perlu dipakai sepanjang siang hari, pastikan bengkung yang dipilih diperbuat daripada material yang selesa dan menyerap peluh. Adalah penting juga untuk memilih bengkung yang tidak menyebabkan melecet dan kegatalan pada kulit.

Jangan pula pakai bengkung 24 jam. Berikan rehat pada bahagian perut. Jangan pakai pada waktu malam. Untuk mendapatkan rehat yang cukup, badan perlu berada dalam keadaan yang selesa.

Foto Kredit: tanamera.com.my

3. Saiz Yang Betul

Semua wanita dikurniakan dengan bentuk badan yang berbeza. Oleh itu, memilih bengkung yang selesa dan sesuai bukan perkara yang mudah. Jika terlalu ketat, tidak selesa dan sukar untuk bernafas pula. Jika terlalu longgar, tiada guna memakai kerana tidak berkesan dan terlalu nampak di bawah pakaian.

Harus diingat ketika memilih saiz bengkung, jangan beli mengikut saiz seluar, tetapi ukur lilit perut bagi pemakaian yang berkesan.  Anda juga digalakkan untuk membeli bengkung yang sedikit kecil jika saiz badan sudah berkurangan. Untuk memastikan bengkung tahan lama, pastikan basuh menggunakan tangan.

param dan pilis
Foto Kredit: youtube.com

4. Jenama / Kualiti Yang Diyakini

Aspek kualiti dan keberkesanan bengkung adalah yang paling penting supaya kesan dapat dirasai oleh si pemakai. Biasanya, ada bengkung bersalin yang didatangkan bersama set bersalin dan ada juga yang dijual berasingan.

Boleh lakukan sedikit carian di internet untuk mendapat cadangan jenama yang mempunyai testimoni yang baik atau saranan daripada kawan-kawan bagi mendapatkan bengkung bersalin terbaik.

set berpantang tanamera
Foto Kredit: tanamera.com.my

5. Bengkung Untuk Bersalin Caesar

Bagi ibu yang bersalin secara pembedahan Caesar, pastikan anda meluangkan lebih masa untuk memilih bengkung yang sesuai dengan keadaan anda. Sekurang-kurangnya tunggu 2 minggu, iaitu apabila luka jahitan sudah mengering. Sebaiknya, dapatkan nasihat daripada panel perubatan atau jururawat sebelum anda mengenakan bengkung bersalin.

Bengkung bersalin yang disarankan adalah jenis lembut dan mudah untuk dilaraskan saiznya. Pastikan ia tidak dipakai terlampau ketat, cukup sekadar memakainya dengan biasa-biasa sahaja. Hal ini kerana untuk mengelakkan daripada jahitan anda terbuka.

Foto Kredit: vicare.vn

Pemilihan Bengkung Yang Baik Mempengaruhi Keberkesanannya

Pemakaian bengkung bersalin amat digalakkan bagi mendapatkan kembali bentuk badan asal. Tekanan yang diberikan pada bahagian perut, pinggul dan paha dapat membantu menguatkan rahim, otot serta mengurangkan ruang mengumpul lemak. Selain itu, penggunaan bengkung juga dapat membantu mempercepat proses pemulihan sama ada bersalin secara normal atau pembedahan.

Rutin memakai bengkung semasa berpantang juga dapat memberi kesan baik lain pada kesihatan seperti memberi sokongan kepada tulang belakang yang mengalami tekanan semasa mengandung. Semoga tips daripada Pantangplus ini mampu membantu anda membuat pilihan yang terbaik!

Apa yang orang lain cari?:

  • bengkung bersalin
  • bekung paling ok lepas bersalin
  • bengkung ibu bersalin
  • bengkung terbaik untuk berpantang
  • kat mana nak beli bengkung bersalin
  • waktu sesuai pakai bengkung selepas bersalin

Khasiat Memakai Tapel, Param Dan Pilis Semasa Berpantang

Tapel, param dan pilis adalah antara perawatan wajib yang akan dilakukan oleh wanita berpantang sejak turun-temurun. Walaupun cara penggunaan dan peknya telah dimodenkan, sehingga kini amalan penggunaannya masih tetap diamalkan.

Ini kerana, ketiga-tiga amalan ini dapat memberi manfaat kesihatan yang amat baik bagi ibu yang baru melahirkan. Pantangplus.com akan menerangkan kelebihan mengamalkan tapel, param dan pilis semasa berpantang.

Khasiat Memakai Tapel, Param Dan Pilis Semasa Berpantang

1. Tapel

Tapel adalah sapuan yang dipakai pada perut sebelum mengenakan bengkung.

Bahan yang selalu digunakan dalam ramuan tapel adalah tepung beras, kapur sirih, air limau nipis, kencur, dan kayu manis.

Tapel selamat digunakan oleh ibu yang bersalin secara normal. Jika ibu menjalani pembedahan Caesarean, pastikan luka pada perut telah diyakini kering dan tidak bermasalah. Sekurang-kurangnya, tunggu 2 minggu dan dapatkan nasihat doktor sebelum memakainya.

Banyak kelebihan menggunakan tapel pada perut, antaranya:

  • Mengurangkan rasa sakit-sakit di perut serta memulihkan keadaan luaran perut akibat selulit / stretch mark
  • Membantu proses pembakaran lemak bawah kulit dan mengempiskan perut
  • Menghangatkan perut dan membuang ‘angin’ serta darah kotor yang berada di dalamnya
  • Menegangkan kulit perut yang menggeleber
param dan pilis
Foto Kredit: youtube.com

2. Param

Param adalah sejenis rawatan sapuan pada seluruh badan, kecuali daerah payudara dan perut. Antara tujuan memakai param adalah untuk mengatasi pembengkakan yang dialami oleh ibu yang baru melahirkan. Ia boleh digunakan selepas mandi, sebanyak dua kali sehari selama 40 hari setelah melahirkan.

Pada asasnya, param terdiri daripada beras yang direndam dan dicampur dengan bahan-bahan seperti kencur, sirih, halia, cendana, bawang putih, kunyit, kulit limau purut, dan beberapa jenis herba lagi.

Antara khasiat param adalah:

  • Membantu melancarkan peredaran darah
  • Mengelakkan ‘angin’ masuk ke dalam badan
  • Memberi kehangatan kepada tubuh
  • Memberikan kesegaran
  • Menjaga kecantikan luaran kulit
Foto Kredit: plus.google.com

3. Pilis

Pilis pula adalah campuran herba yang khusus untuk disapukan pada dahi. Bahan asasnya adalah tepung beras yang dicampurkan dengan ramuan herba seperti kencur, kunyit, kenanga,daun pudina, halba, kapur sirih, air limau nipis dan sebagainya.

Seperti param, pilis juga seeloknya digunakan selepas mandi, dua kali sehari, sehingga hari ke-40 berpantang.

Antara kebaikan memakai pilis untuk ibu berpantang adalah:

  • Meredakan pening kepala
  • Melancarkan peredaran darah
  • Menyegarkan mata dan memberi keselesaan pada ubun
  • Mengurangkan rasa pitam / ‘gelap mata’ / pandangan kabur. Ini biasanya dialami oleh wanita yang mengalami tekanan darah tinggi
  • Mengelak ‘angin’ yang boleh menyebabkan tekanan emosi
Foto Kredit: utaranews.com

Cubalah, Anda Akan Nampak Kesannya!

Sesetengah wanita mungkin menganggap amalan ini sebagai sesuatu yang leceh. Namun, jika ia dilakukan dengan disiplin setiap hari, anda tentu akan dapat merasai kebaikannya. Malah, ia juga membantu mengekalkan kesihatan wanita buat jangka masa panjang.

Jadi, jangan malas ya!

Apa yang orang lain cari?:

  • pilis
  • tapel
  • tapel adalah
  • Kegunaan pilis
  • ramuan pilis selepas bersalin
  • cara memakai pilis
  • benda yang diletakkan pada dahi selepas bersalin
  • fungsi pilis
  • fungsi param sariayu
  • kegunaan param bersalin
  • pakai pilis semasa dalam pantang
  • param
  • pilis pantang
  • cara guna param
  • cara buat pilis
  • param pada
  • param pilis terbaik
  • pilis dahi
  • bahan yang diletakkan di dahi ibu lepas bersalin
  • Bahan pilis

5 Tips Mengurut Bayi Baru Lahir Untuk ‘First Time Mom’

“Setahu aku, memang banyak manfaat mengurut bayi. Boleh hilangkan kembung, kuatkan bonding, dan mudahkan bayi tidur malam. Tapi, aku takut pula nak urut Azra yang baru nak masuk 1 bulan ni. Apa tips mengurut bayi yang betul ya?”

Aktiviti mengurut bayi sudah menjadi tradisi turun temurun kerana kelebihannya terhadap tahap kesihatan bayi serta cara untuk membina hubungan antara ibu bapa dan si manja. Mengurut bayi terbukti dapat menenangkannya supaya mudah tidur dan melancarkan sistem penghadaman. Ketahui beberapa tips mengurut bayi dari PantangPlus.com supaya kebaikannya dapat dicapai secara menyeluruh.

Bilakah Bayi Boleh Diurut?

Asalkan anak sudah cukup bulan dan sihat, tiada masalah untuk anda mulakan urutan pada bayi. Bayi pramatang tidak digalakkan untuk diurut sehingga keadaan bayi sudah benar-benar stabil.

Mulakan dengan anggota badan yang kurang sensitif seperti tapak kaki sebelum beralih ke bahagian peha, perut, dan lain-lain.

Foto Kredit: theindusparent.com

5 Tips Mengurut Bayi Untuk ‘First Time Mom’

1. Pilih Minyak Yang Sesuai

Minyak semulajadi seperti minyak zaitun mampu membekalkan nutrisi terbaik pada kulit halus bayi. Sesudu minyak sudah mencukupi untuk urutan seluruh badan bayi. Elakkan minyak beraroma sehingga bayi berumur sekurang-kurangnya tiga bulan.

Aroma yang ada pada minyak dikhuatiri mengandungi bahan yang boleh memudaratkan kulit lembut bayi. Losyen bayi juga boleh digunakan sebagai alternatif kepada minyak untuk tujuan mengurut.

Foto Kredit: talkmag.gr

2. Guna Urutan Lembut

Walaupun mengurut bayi ada teknik dan caranya yang tersendiri, namun memadai untuk para ibu bapa mengurut dengan perlahan dan lembut. Urutan tiga kali pada tempat yang sama sehingga merangkumi semua bahagian bayi sudah mencukupi.

Bahagian kaki merupakan tempat paling kurang sensitif untuk bayi. Tapi, sesetengah pakar berpendapat refleksologi kaki saja boleh memacu kesihatan pada tubuh bayi seluruhnya. Oleh itu, kawasan tersebut adalah yang paling sesuai untuk memulakan urutan jika ibu masih teragak-agak dan ‘takut’ mengurut bahagian badan bayi yang masih ‘fragile’.

tips mengurut bayi
Foto Kredit: pinterest.com

3. Tetapkan Waktu Rutin

Bayi lebih mudah menerima urutan sekiranya dilakukan pada waktu yang sama setiap hari. Rutin harian ini juga dapat membantu bayi mengagak dan mengatur waktu tidur mereka dengan lebih baik.

2 waktu yang paling sesuai untuk mengurut bayi adalah:

  • Sebelum tidur malam (sebelum menyusu) untuk melancarkan sistem penghadaman dan memudahkan bayi tenang untuk tidur.
  • Selepas mandi kerana ketika itu bayi berada pada keadaan paling selesa.
kelebihan mengurut bayi
Foto Kredit: inewsgr.com

4. Berhenti Mengurut Jika Bayi Mula Memberi ‘Isyarat’

Agak sukar untuk mengagak bila kita sudah cukup memberi urutan padanya. Apabila sudah biasa kita sudah boleh membaca gerak gerinya.

Bayi memberi isyarat apabila dia mula hilang tumpuan, nampak kurang selesa, dan mula membengkokkan badan. Ia mungkin petanda bayi menerima rangsangan lebih dari perlu (overstimulate), bosan, letih, atau ada keperluan lain. Hentikan sesi mengurut dan cuba lagi pada sesi seterusnya.

kelebihan mengurut bayi
Foto Kredit: pinsdaddy.com

5. Bedung Juga Membantu

Kaedah membedung baik untuk bayi kerana dapat mewujudkan suasana selamat dan mengekalkan kehangatan pada tubuh bayi.

Bayi juga dapat dihindarkan daripada terkejut akibat terlebih rangsangan dari persekitarannya. Dengan cara ini, sesi mengurut dapat dilakukan dengan lebih lancar dan bayi lebih mudah menerimanya.

Foto Kredit: istockphotos.com

Mengurut Bayi Ada Banyak Manfaatnya

Bayi baru lahir amat sensitif terhadap persekitarannya. Malah, semakin bayi membesar, sistem dalam badannya juga sedang berkembang. Dengan teknik mengurut yang betul dan penggunaan minyak yang bersesuaian, bayi pasti merasa selesa sepanjang hari.

Seperti menyusu badan, mengurut juga dapat mencipta rasa selamat pada bayi dan antara kaedah untuk membina hubungan yang sihat dengannya. Jadikan mengurut sebagai rutin dalam penjagaan bayi supaya bayi lebih sihat dan gembira ketika membesar.

Apa yang orang lain cari?:

  • cara urut baby baru lahir
  • mengurut bayi baru lahir

5 Tips Memilih Barang Mandian Untuk Bayi Baru Lahir Dan Berkulit Sensitif

sabun bayi sensitif

Sebagai ibu bapa, kita pasti mahukan yang terbaik untuk penjagaan si bayi. Dengan lambakan rangkaian produk mandian bayi masa kini, banyak yang dilabel ‘organic’ dan ‘natural’ tetapi sejauh manakah keberkesanannya pada kulit si manja? Apakah yang perlu ada dalam sebuah produk supaya kesihatan kulit bayi terjamin?

Ikuti tips PantangPlus ini untuk ketahui memilih sabun bayi sensitif terhadap keperluan bayi baru lahir, termasuklah bayi yang berkulit sensitif atau cenderung terhadap alergi dan ruam.

5 Tips Memilih Barang Mandian Untuk Bayi Yang Berkulit Sensitif

1. Pilih Sabun Bayi Sensitif Khusus Untuk Kulit Bayi

Sabun yang kasar boleh menyakitkan kulit bayi dan menyebabkan kemerahan. Oleh itu, pilihlah sabun bersifat lembut serta bebas toksik dan bahan kimia bagi melindungi kulit sensitif bayi.

Kulit bayi juga tidak perlu disental dengan kuat seperti kulit dewasa. Organ kulitnya yang masih nipis dan sensitif perlu penjagaan khusus dengan sabun lembut khas untuk bayi.

kelebihan mengurut bayi
Foto Kredit: inewsgr.com

2. Tidak Perlu Pilih Sabun Bayi Yang Berbuih

Cara penjagaan kulit bayi dan dewasa jauh bezanya disebabkan oleh sifatnya yang berlainan. Kulit bayi hanya perlu sabun lembut bebas bahan kimia berbahaya tanpa buih-buih yang banyak.

Bahan kimia yang ada pada buih sabun dikhuatiri dapat memudaratkan kesihatan kulit bayi lebih-lebih lagi jenis kulit yang sensitif.

3. Elakkan Sabun Dengan Pewangi

Para ibu bapa dinasihatkan untuk memakai sabun bebas pewangi kerana bau sabun yang terlalu wangi mungkin membuatkan bayi kurang senang ketika mandi. Pewangi yang ada pada sabun juga berisiko untuk mengandungi bahan kimia berbahaya untuk kulit sensitif si manja.

Tidak perlu sabun wangi-wangi untuk bayi. Bau semulajadi bayi sahaja sudah sangat menenangkan sehingga teringat-ingat bila kita tiada di sampingnya.

 

Foto Kredit: theodysseyonline.com

 

4. Gunakan Sabun Hypoallergenic Untuk Bayi Bermasalah Kulit

Sekiranya bayi mengalami masalah kulit seperti kering, dan eczema, rawatinya dengan memakai rangkaian produk yang mengandungi hypoallergenic ketika mandi.

Pembersih jenis ini terbukti dapat mengurangkan risiko bayi terkena alahan pada kulit akibat sabun bayi tertentu. Hasilnya, simptom penyakit kulit bayi dapat dikurangkan.

5. Baca Label Produk

Ibu bapa perlu tahu komponen dalam sabun sebelum menggunakannya pada anak sebagai langkah berjaga-jaga. Elakkan sabun yang mengandungi bahan kimia berbahaya seperti glycol, propylene dan paraben.

Sabun yang terbaik untuk kulit sensitif ialah yang diperbuat daripada bahan semulajadi seperti badam, susu, madu dan minyak zaitun.

Foto Kredit: terramiaorganics.com

Pemilihan Produk Yang Sesuai Amat Penting

Bayi yang sedang membesar mempunyai sistem imun yang sedang berkembang. Oleh itu, kulit yang bertindak sebagai lapisan pelindung pertama badan perlu dijaga rapi untuk kesihatan bayi. Sebenarnya, mandi dengan air bersih dengan sedikit sabun sahaja sudah memadai. Penggunaan sabun dan pembersih juga tidak boleh terlalu kerap kerana rutin ini akan membuatkan kulit bayi mudah kering.

Namun begitu, sekiranya bayi mula menunjukkan tanda-tanda masalah kulit seperti kulit kering, ruam lampin, dan eczema, perhatian khusus perlu diberikan. Dapatkan rujukan doktor untuk cadangan produk terbaik berdasarkan kondisi kulit bayi.