5 Persediaan Naik Kapal Terbang Ketika Mengandung

“Dulu dah tempat tiket flight awal-awal untuk bercuti. Tak tahu pula ada rezeki nak mengandung. Bolehkah naik kapal terbang ketika mengandung ni?”

Menurut pakar, adalah selamat untuk ibu mengandung yang sihat untuk menaiki kapal terbang sehingga minggu kehamilan ke 36 dan minggu ke 32 untuk ibu mengandung bayi kembar.

Terdapat pelbagai faktor yang perlu diambil kira sekiranya ibu mengandung mahu menaiki kapal terbang. Antaranya ialah kemudahan yang ada di destinasi yang dituju, faktor keselamatan, serta usia kehamilan ketika penerbangan.

Waktu Paling Sesuai Naik Kapal Terbang Ketika Mengandung

Waktu paling sesuai untuk ibu mengandung menaiki kapal terbang ialah sewaktu trimester kedua. Ketika ini, badan lebih bertenaga dan kekerapan untuk muntah juga berkurang. Hormon dan emosi yang lebih stabil pada waktu itu juga akan membuatkan badan lebih selesa untuk berjalan jauh.

Ketahui beberapa tips dari Pantangplus.com untuk menaiki kapal terbang semasa mengandung. Mudah-mudahan proses ini akan berjalan dengan lebih lancar.

naik kapal terbang ketika mengandung
Foto Kredit: enfemenino.com

5 Persediaan Naik Kapal Terbang Ketika Mengandung

1. Sediakan Dokumen Penting

Bagi ibu mengandung mencapai 28 minggu, sediakan surat doktor untuk rujukan staf penerbangan. Surat doktor ini dapat mengesahkan tarikh ‘due date’, tahap kesihatan tubuh badan, dan anda tidak berisiko beranak pada waktu terdekat. Jangan lupa untuk baca terma dan syarat yang ditetapkan oleh syarikat penerbangan buat rujukan.

Sesetengah syarikat penerbangan turut menyediakan salinan surat doktor untuk anda dapatkan pengesahan bagi rujukan pihak mereka. Sediakan juga insuran kesihatan dan perjalanan untuk situasi kecemasan.

Foto Kredit: goworldtravel.com

2. Berhati-hati Dengan Kapal Terbang Kecil

Menaiki kapal terbang tidak akan memberi kesan kepada anda dan bayi. Namun begitu, elakkan kapal terbang kecil yang tidak mempunyai tekanan kabin. Ketika di udara, tekanan menjadi semakin tinggi dan oksigen berkurangan.

Hal ini kerana tanpa tekanan kabin, badan perlu bekerja lebih keras daripada biasa untuk membekalkan oksigen untuk anda dan kandungan.

Foto Kredit: zamalek.tv

3. Pilih Tempat Duduk Yang Selesa

Jika perlu, pilihlah tempat duduk ‘business class’ untuk lebih keselesaan ketika dalam perjalanan. Jika tidak, ‘upgrade’ tempat duduk biasa dengan menambah sedikit daripada jumlah tambang untuk mendapatkan tempat duduk yang lebih sesuai.

Seeloknya, pilih tempat duduk pada lorong laluan supaya mudah untuk ke tandas dan berdiri untuk regangan. Lebih bagus jika terus ke tandas sebaik masuk kapal terbang supaya tidak perlu tunggu sesudah selamat berlepas nanti. Ketika di tempat duduk, pastikan tali pinggang keledar berada di bawah perut untuk keselesaan anda. Dapatkan ‘extender’ tali pinggang keledar daripada ahli kabin jika perlu.

Foto Kredit: istockphotos.com

4. Pakaian Yang Sesuai

Gunakan pakaian berlapis paling selesa dan mudah untuk ditanggal jika panas. Pakai juga kasut paling selesa kerana di akan banyak berjalan di lapangan terbang nanti. Anda boleh mendapatkan sarung kaki jenis ‘compressor’ untuk memastikan peredaran darah lancar ketika terbang.

Jika kaki mula menunjukkan tanda-tanda bengkak dan kemerahan terutamanya di bahagian bawah belakang kaki, dapatkan rawatan segera. Perkara ini mungkin disebabkan oleh pembentukan darah beku pada kaki.

Foto Kredit: pregnancy.info

5. Buat Senaman Regangan Dalam Kapal Terbang

Duduk berjam-jam membuatkan kaki mudah bengkak dan kejang. Bangun dan jalan sebentar setiap jam. Lancarkan peredaran darah dengan lakukan regangan ringan.

Dalam keadaan duduk atau berdiri, lakukan regangan dengan mengerakkan jari kaki, regangkan kaki dan betis serta buku lali. Regangkan juga bahagian bahu serta leher.

Foto Kredit: gettyimages.com

Tak Perlu Risau Tentang Radiasi

Semua orang yang menaiki kapal terbang akan terdedah kepada sedikit radiasi di udara. Namun begitu, radiasi ini tidak akan membahayakan anda dan bayi. Begitu juga dengan pengimbas keselamatan di lapangan terbang. Hanya beg dan ‘luggage’ saja yang akan dilalukan dengan pengimbas x-ray. Pengimbas keselamatan untuk badan hanyalah untuk mengesan besi.

Jika kondisi kehamilan tidak mengizinkan anda untuk terbang, jangan bersedih kerana terdapat pelbagai tempat menarik dalam Malaysia untuk menenangkan minda dan meluangkan waktu bersendirian.

Jika kita mengandung anak pertama, inilah kali terakhir untuk kita ‘travel light’  dan menikmati masa bersendirian, berdua atau bersama pasangan!

Apa yang orang lain cari?:

  • naik kapal terbang ketika mengadundung
  • had naik kapal terbang ibu mengandung

Hоw Tо Gеt Prеgnаnt Wіth Twіnѕ, Naturally?

Hаvе уоu аlwауѕ desired to gіvе bіrth tо twіnѕ аnd watch thе tiny tоtѕ grow ѕіdе bу side sharing еvеrу jоу of сhіldhооd tоgеthеr? It is nоw роѕѕіblе tо conceive twіnѕ uѕіng vаrіоuѕ fertility drugѕ but thеѕе саn bе dаngеrоuѕ аnd саn cause undesirable side effects.

Thе bеѕt way to have twіnѕ іѕ to gо thе nаturаl way wіthоut tаkіng any рrеѕсrірtіоn drugs. Let me ѕhаrе with уоu 7 tірѕ and pointers оn hоw tо gеt pregnant wіth twіnѕ whісh аrе tіmе tеѕtеd and hаvе bееn іn рrасtісе fоr сеnturіеѕ.

1. Fаmіlу hіѕtоrу

This іѕ a very іmроrtаnt fасtоr whеn іt соmеѕ to gеttіng рrеgnаnt wіth twіnѕ. If уоu have a history оf twіnѕ іn уоur fаmіlу, thеn thе сhаnсеѕ оf уоu tоо соnсеіvіng twins іѕ extremely hіgh. Anоthеr point іѕ thаt іt is generally ѕееn thаt the birth оf twins uѕuаllу comes a gеnеrаtіоn араrt. Sо it іѕ more lіkеlу that you wіll be саrrуіng twins іf уоur grаndраrеntѕ hаd thеm.

2. Fаmіlу hіѕtоrу of уоur sроuѕе

Thіѕ іѕ also еԛuаllу important аѕ уоur оwn family’s gеnе рооl. Getting mаrrіеd to a реrѕоn whо hаѕ a ѕtrоng family history of twіnѕ mаkеѕ іt easier for уоu tо соnсеіvе thе same.

3. Gain a lіttlе wеіght

Seriously? Yes.

It hаѕ bееn nоtеd that women who аrе ѕlіghtlу оn the рlumреr side tеnd to hаvе twіnѕ. So рut оn a lіttlе weight tо іnсrеаѕе уоur сhаnсе оf gеttіng pregnant wіth twins. But mаkе ѕurе thаt уоu do nоt become оbеѕе tо thе point оf being unhealthy. Thіѕ саn оnlу соmрlісаtе thіngѕ furthеr аnd mаkе уоur pregnancy a tough time. Inѕtеаd eat hеаlthу but gain a lіttlе еxtrа weight tо bе able tо саrrу twіn bundles оf jоу.

4. Mаkе сhаngеѕ in уоur dіеt

Inсrеаѕеd соnѕumрtіоn оf dаіrу products lіkе mіlk, buttеr, сhееѕе and уоghurt hаѕ been shown tо іnсrеаѕе the сhаnсеѕ of conceiving twіnѕ. Sо іnсludе more of thеѕе іn уоur dаіlу dіеt to еnѕurе thе аrrіvаl of twins.

5. Inсludе wild уаmѕ in уоur diet

Another tір оn hоw tо gеt рrеgnаnt wіth twіnѕ іѕ tо іnсludе wild уаmѕ in уоur diet. It hаѕ bееn рrоvеn that ѕwееt potato оr yam соntаіnѕ a сhеmісаl which is similar in соmроѕіtіоn to thе fеmаlе sex hоrmоnе, рrоgеѕtеrоnе. Alѕо, thе skin оf wіld уаm can саuѕе hуреr оvulаtіоn whісh wіll make уоur сhаnсеѕ much higher.

6. Thе age effесt

It hаѕ bееn ѕееn thаt wоmеn whо are іn thеіr mіddlе tо late thіrtіеѕ have mоrе of a chance tо gіvе birth tо twins thаn those whо hаvе offspring іn thеіr twеntіеѕ. Sо, іf уоur wіѕh оf hаvіng twіnѕ hаѕ tо bеаr fruіt, then рrоlоng bеіng a mоthеr ѕо thаt whеn уоu bе, уоu hаvе twо little оnеѕ tо love and cherish.

7. Kеер trying

Thіѕ іѕ nо joke; ѕtudіеѕ hаvе proven thаt іf thе more numbеr оf сhіldrеn thаt you hаvе, hіghеr аrе thе сhаnсеѕ of уоu gеttіng рrеgnаnt with twіnѕ. If you can’t make it everyday, what about twice a week?

Still wants it?

So are you ѕtіll іntеrеѕtеd іn conceiving twіnѕ? Aѕіdе frоm gіvіng thеѕе 7 tірѕ a trу, mаkе ѕurе thаt уоu also keep уоurѕеlf hеаlthу еnоugh ѕо that your bоdу wіll hаvе thе ѕtrеngth tо bе able tо саrrу hеаlthу сhіldrеn. If уоu dо nоt tаkе bеttеr саrе оf уоurѕеlf, thе less lіkеlу уоu wіll bе аblе to соnсеіvе twins – or еvеn соnсеіvе аt аll.

Couple уоur regular еxеrсіѕе wіth a hеаlthу dіеt аѕ wеll as a happy dіѕроѕіtіоn bесаuѕе ѕtrеѕѕеd оut couples аrе also finding difficulty іn соnсеіvіng a child as ѕtrеѕѕ саn аffесt so mаnу dіffеrеnt aspects оf the body оf a реrѕоn.

Kerja Kosong Tukang Urut Wanita, Gaji Sehingga RM4,000 Sebulan

Kerja kosong tukang urut wanita

Faedah:

  • Gaji yang lumayan
  • Sehingga mencecah RM4,000 sebulan
  • Waktu kerja yang fleksibel
  • Bukan kerja 9-5 waktu pejabat
  • Berpeluang ke luar negara seperti Australia, United Kingdom dan Singapura

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 012-2020 945

Apa yang orang lain cari?:

  • cari jawatan kosong jaga org berpantang
  • jawatan kosong tukang urut wanita
  • kerja tukang urut
  • tukang urut muslimah kerja kosong

5 Kesan Luarbiasa Ini Akan Berlaku Bila Papa Belajar Tidurkan Bayi

cara menjaga bayi baru lahir

“Ish, tak retilah aku nak tidurkan baby ni. Asyik merengek saja dari tadi. Biar Mama dia yang tidurkanlah. Aku bukannya tahu cara menjaga bayi baru lahir ni.”

Sesetengah suami berasa kekok bila tak tahu cara menjaga bayi baru lahir, apatah lagi menidurkan mereka. Tapi, Papa jangan terlalu cepat mengalah! Kalau anda tahu betapa banyaknya manfaat yang anda dapat daripada proses menidurkan bayi, tentu anda akan tak mahu melepaskan peluang untuk melakukannya.

5 Kesan Luarbiasa Ini Akan Berlaku Bila Papa Belajar Tidurkan Bayi

Berikut adalah 5 kelebihan dan kesan luarbiasa yang boleh berlaku kepada bayi, hubungan rumah tangga anda, serta peranan anda sebagai bapa.

1. Kesan Mendalam Kepada Papa

Sifat lelaki yang maskulin mungkin menjadi ibarat ‘dinding’ antara hubungannya dengan anak, terutamanya yang masih bayi. Berbanding wanita yang sudah mengandungkan bayi sejak 9 bulan sebelum dilahirkan, sudah tentu hubungan antara bayi dan ibu lebih mudah untuk terbentuk.

Oleh itu, apabila Papa mula memainkan peranan untuk menidurkan bayi, perkara pertama yang akan berlaku sebenarnya adalah kepada Papa sendiri. Pada saat inilah anda mula berhadapan dengan bayi tanpa bantuan Mama. Ketika ini, anda akan menatap wajahnya dengan lebih tumpuan, menyanyikan lagu untuk menenangkannya, mengusap badannya, malah anda akan mungkin melakukan perkara yang tidak pernah anda lakukan demi memujuknya tidur.

Foto Kredit: birthandbeyondmagazine.com

2. Melatih Rutin Tidur Yang Baik

Diana Julian, seorang Certified Child Sleep Consultant menjelaskan bahawa menurut pengalaman beliau, ibu-ibu yang mendapat sokongan penuh daripada pasangan mereka dalam menguruskan rumah tangga dan pengasuhan anak adalah paling berjaya melatih rutin tidur yang baik.

Salah satu cara yang paling disarankan oleh beliau untuk melibatkan Papa dalam kerjasama ini ialah dengan teknik ‘Finishing Touch’. Caranya, apabila Mama selesai menyusukan bayi, Papa akan mengambil alih – membantu bayi sendawa, menenangkannya, dan menidurkannya. Dengan cara ini, Mama dapat mengambil masa untuk berehat atau menguruskan diri sendiri.

Foto Kredit: emaze.com

3. Mama Dapat Berehat & Bertenang

Selepas bersalin, terutamanya dalam tempoh berpantang, sesetengah wanita akan mengalami pergolakan emosi yang hebat. Jangan ingat mereka yang dalam tempoh cuti bersalin ini sedang ‘bercuti’. Sebaliknya, fahamilah bahawa mereka ini sedang mengalami proses pemulihan akibat melahirkan. Selain kesakitan yang dialami, mereka terpaksa berjaga malam, menyusukan bayi setiap 2 jam, dan menguruskan setiap keperluan bayi.

Maka, tak hairanlah ibu-ibu ini boleh mengalami tekanan mental dan meroyan sekiranya tidak mendapat sokongan suami. Dengan membantu menidurkan bayi, setidak-tidaknya anda dapat memberi sedikit masa untuk isteri berehat.

Foto Kredit: detik.com

4. ‘Alone Time’ Dengan Papa

Setiap anak memerlukan ‘alone time’ dengan Papa kerana di sinilah anda akan saling mengenali antara satu sama lain. Oleh kerana Papa sentiasa berada di luar dan bekerja, inilah peluang untuk anda berbuat demikian.

Sekalipun cara Papa menidurkan bayi tidak sama dengan Mama, tidak mengapa. Dan sebenarnya, memang inilah yang diperlukan oleh bayi – mereka perlu merasakan keunikan ‘male bonding’ daripada seorang ayah. Mereka perlu mendengar degupan jantung Papa, mereka perlukan skin-to-skin contact dengan Papa, mereka mahu berada dalam dakapan Papa supaya mereka dapat lebih rapat dengan Papa dan tidak mencari kekosongan ini apabila besar kelak.

cara menjaga bayi baru lahir
Foto Kredit: rasputin.md

5. Mengukuhkan Hubungan Rumah Tangga

Dengan melihat si suami menidurkan bayi, isteri mana yang tidak jatuh hati. Perasaan sayang semakin menebal dan isteri akan lebih menghargai setiap usaha suami.

PantangPlus juga percaya, dengan mempraktikkan hal ini, Papa bukan saja akan mengetahui cara menjaga bayi baru lahir, malah anda berdua akan menjadi lebih rapat dan dapat belajar antara satu sama lain sekalipun menghadapi beberapa kesukaran dalam mengasuh bayi.

Foto Kredit: dreamstime.com

Papa Bukan Sekadar ‘Membantu’ Mama

Pengasuhan anak adalah proses yang panjang dan mencabar. Oleh itu, sokongan Papa sangat bermakna kepada Mama. Ingatlah bahawa ianya bukan sebuah pertandingan untuk melihat siapa lebih handal.

Apabila Papa menidurkan bayi, mereka bukan sekadar ‘membantu’ Mama, tetapi mereka sedang menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ayah. Dan ini semua akan memberi kesan kepada emosi anak!