,


7 Kepentingan Bertangas Selepas Bersalin. Anak Dara Pun Elok Buat!

Foto Kredit: majesticunicorn.biz

Sejak berkurun lamanya, amalan bertangas selepas bersalin adalah rutin berpantang dan merupakan antara rahsia wanita Melayu bagi memastikan kesihatan peranakan dan badan. Bertangas ialah teknik seakan mandi wap atau sauna di spa tetapi dengan fokus khusus pada bahagian intim wanita.

Kini, amalan ini juga dipraktikkan di serata negara dan lebih dikenali sebagai ‘vaginal steaming’. Walaupun ramuan mungkin berbeza mengikut tempat dan budaya, ia tetap memberi fungsi yang baik untuk kesihatan wanita.

Dalam artikel kali ini, PantangPlus.com ingin mengupas sedikit kepentingan bertangas selepas bersalin yang patut anda tahu.

7 Kepentingan Bertangas Selepas Bersalin. Anak Dara Pun Elok Buat!

1. Mengecutkan Rahim Dan Menguatkan Otot Vagina

Salah satu tujuan utama melakukan bertangas ini ialah bagi mengembalikan kesihatan peranakan dengan mengecutkan rahim serta mengembalikan kekuatan otot vagina. Semasa bertangas, wanita turut digalakkan untuk melakukan senaman kegel iaitu senaman mengemutkan otot vagina untuk mendapatkan kesan yang lebih cepat dalam setiap sesi.

Dengan ramuan herba khusus untuk wanita seperti manjakani, sirih dan inai dapat meningkatkan kesihatan rahim selepas berpantang.

Foto Kredit: utaranews.com

2. Mengurangkan Bau Badan Serta Bau Yang Kurang Menyenangkan Pada Alat Sulit

Orang sekeliling pasti senang berada dengan kita jika badan sentiasa berbau wangi. Suami pula makin sayang bila kita menitikberatkan kebersihan badan dan alat sulit. Oleh itu, adalah baik untuk bertangas dengan cara berselubung dengan menutup badan dengan kain dari lantai hingga ke leher supaya wap bukan sahaja dapat meresap pada bahagian sulit, malah seluruh badan.

Kaedah ini bukan sahaja dapat mewangikan seluruh tubuh, malah dapat membantu badan mengeluarkan toksik dalam badan melalui peluh. Jangan lupa untuk minum air suam selepas sesi bertangas untuk mengembalikan kandungan air dalam badan.

bertangas selepas bersalin
Foto Kredit: asiaone.com

3. Membantu Mempercepatkan Pemulihan Selepas Bersalin

Walaupun bersalin secara normal atau pembedahan, peranakan mengalami luka yang agak berat selepas bertarung melahirkan anak. Oleh itu, kesan luka tersebut perlu diberi perhatian yang khusus supaya dapat pulih dengan cepat.

Selain menjaga pemakanan ketika berpantang, bertangas juga dapat membantu mempercepat pemulihan luka. Ramuan herba tangas memiliki khasiat yang amat bagus bagi wanita serta dapat membantu memulihkan luka dengan segera.

Foto Kredit: plus.google.com

4. Melancarkan Darah Nifas

Dalam bidang perbidanan, jika seseorang wanita mengeluarkan darah nifas dalam waktu yang sangat singkat seperti kira-kira 14 hari, itu bermakna terdapat darah yang masih tersisa di dalam dinding rahim. Masalah ini juga boleh mengakibatkan hal lain seperti bahagian sulit berbau, perut kembung kerana banyak angin dan juga boleh mengakibatkan meroyan.

Oleh itu, adalah penting untuk wanita memastikan aliran darah nifas lancar dan habis dalam tempoh berpantang. Usaha seperti bertangas dapat membantu melancarkan darah nifas serta membantu membersihkan dalaman wanita dengan lebih berkesan.

Foto Kredit: rifara.com

5. Mengurangkan Masalah Rahim

Selain luaran, wanita juga perlu menitikberatkan akan kesihatan dalaman lebih-lebih lagi bagi yang sudah berumah tangga. Bertangas juga dapat meningkat kesihatan rahim dengan mengatasi masalah keputihan dan lendir kental dari faraj serta membantu mengeluarkan cecair asing dari dalam peranakan. Dengan keadaan rahim yang sentiasa sihat, kesuburan  para wanita dapat terpelihara daripada terkena penyakit kelamin.

Kaedah bertangas bukan sahaja boleh diamalkan oleh wanita yang sudah berkahwin, malah  anak dara juga digalakkan untuk mengamalkannya. Ia juga dapat membantu masalah yang sering dihadapi si perawan seperti haid tidak teratur atau senggugut. Khasiat dari rempah dan herba tangas dapat mengelakkan pertumbuhan bakteria pada alat sulit dan memastikan kebersihan kawasan peribadi wanita.

bertangas selepas bersalin
Foto Kredit: majesticunicorn.biz

6. Mengelakkan Masalah Kegatalan

Herba tradisional daripada ramuan tangas amat baik untuk wanita mendapatkan kulit yang sihat.

Wap dari herba tangas dapat membantu melembapkan kulit pada bahagian alat sulit yang kadang kala menjadi kering atau gatal tanpa perhatian khusus.

Foto Kredit: istockphoto.com

7. Membantu Melangsingkan Tubuh

Akhir sekali, khasiat rempah semulajadi dari wap  yang wangi ini juga dapat menyihatkan kulit dengan membantu mengembalikan kelembapan yang hilang.

Wap yang hangat juga dapat membantu memecahkan lemak dan seterusnya mengurangkan berat badan.

Foto Kredit: hiamag.com

Sesuai Untuk Semua Wanita

Dalam tradisi turun temurun pasti mengandungi seribu satu khasiat. Bertangas selepas bersalin ini bukan sahaja mengembalikan kesihatan khas pada alat sulit malah, seluruh tubuh juga.

Selain untuk para ibu, adalah bagus juga untuk anak dara mengamalkan bertangas sebagai rutin untuk mengekalkan kesihatan badan dan juga sebagai persiapan bagi mendirikan rumah tangga.

Apapun, pastikan bertangas dilakukan mengikut cara yang betul dan dikendalikan oleh bidan yang berpengalaman. Untuk kesan yang terbaik, amalan ini perlu diiringi dengan pemakanan serta mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat supaya sentiasa kekal cantik dan bertenaga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

urutan ibu menyusu

Cara Banyakkan Susu Badan Melalui Urutan Oksitoksin