,


Cara Buat Tuam Bayi Yang Selamat & Mudah. DIY Saja!

Foto Kredit: handmadeciangmai.com

“Mak cakap ‘baby boy’ kena tuam, takut kena angin pasang. Tapi, mana pula aku nak cari tuam bayi ni. Kalau buat sendiri boleh tak?”

Dari segi kesihatan, tuaman mempunyai manfaat tertentu dalam membantu melegakan rasa tidak selesa, kesakitan mahupun kecederaaan. Oleh sebab itulah tuam bayi baru lahir sering menjadi amalan turun-temurun hingga ke hari ini. Dalam kepercayaan Melayu juga, bayi lelaki disarankan agar dituam di bahagian sekeliling alat sulitnya mengelakkan ‘angin pasang’.

Pada asasnya, tuam atau tungku bayi boleh mengunakan apa saja yang bersuhu suam. Ada yang menggunakan daun yang dilayur atas api, paket beras yang dipanaskan, atau campuran herba-herba kering seperti lada hitam, habbatussauda, dan sebagainya.

PantangPlus.com akan menunjukkan cara buat tuam bayi yang paling mudah, selamat, dan baik untuk bayi.

Cara Buat Tuam Bayi Yang Selamat & Mudah. DIY Saja!

Mari kita lihat bahan-bahan yang diperlukan serta langkah membuat tuam bayi secara terperinci.

Bahan-bahan

  • Kapas / perca kecil sebagai alas
  • Kain perca / stokin bayi terpakai untuk membuat bunjut
  • Campuran herba seperti lada hitam, habbatussauda, halba, biji sawi. (kalau tak dapat semua, cukup dengan menggunakan lada hitam)
  • Getah / tali untuk mengikat
tuam bayi
Foto Kredit: amazon.com

Langkah-langkah

1. Sangaikan (goreng tanpa minyak) campuran herba sehingga berbau.

2. Gunakan kapas di atas kain perca sebagai alas di atas kain perca yang digunakan. Letakkan bahan yang disangai di atas kain perca yang dialas dengan kapas.

2. Kemudian, ikat campuran herba dan alasnya yang diletak atas kain perca menggunakan getah menjadi bunjut atau tungku. Kemaskan lebihan kain dan ikat sekali lagi menggunakan tali supaya ikatan lebih kuat.

4. Ketika mahu digunakan, panaskan bunjut di atas seterika hingga suam-suam. Periksa kepanasannya dengan meletaknya di atas lengan kita terlebih dahulu.

5. Boleh juga digunakan bersama daun sirih. Letak daun sirih di hujung bunjut dan tuamkan di bahagian perut, ari-ari, punggung, dada, belakang bayi anda.

tuam bayi
Foto Kredit: toaspa.com

Mudah Saja, Cubalah!

Amalan tungku atau tuam bayi boleh membantu membuang angin, mengelakkan kembung serta memberi khasiat herba kepada tubuh bayi.

Seeloknya, tuam bayi selepas mandi. Mudah-mudahan bayi akan berasa lebih selesa dan segar sentiasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Perlukah Bersengkak? Ini 5 Perkara Wanita Mesti Tahu

Announcing Your Pregnancy